Triumph Motorcycles telah memperkenalkan Speed Triple 1200 RS baru yang hadir dengan kemantapan prestasi lebih berkuasa berbanding sebelum ini. Enjin bersesaran 1160cc dengan kuasa maksimum 183PS pada 10,750 rpm dan tork 128Nm pada 8,750 rpm.
Mdua Motor Sdn. Bhd., anak syarikat kepada AFY Mobility Industries (AMI) hari ini telah melancarkan jenama motosikal terbaru iaitu MODA yang memberi tumpuan dalam pemasaran produk skuter di pasaran negara. Turut dilancarkan bersama pada majlis tersebut ialah MODA Sporter-S yang dikuasakan dengan enjin 250cc.