Tiada perkataan yang lebih tepat untuk menggambarkan model terbaru Vespa LT150 3V IE selain ia melambangkan keghairahan, fesyen, semangat dan dinamik. Model kesinambungan daripada Primavera ini dikuasakan oleh enjin tiga injap dengan sistem pancitan bahan api elektronik, gerek baru dan aci engkol yang kurang geseran untuk prestasi lebih mantap.
Selepas beberapa lama mengidamkan berada di depan mata, akhirnya tiga model terbaru Kawasaki iaitu H2R, H2 dan Vulcan S telah diperkenalkan di satu majlis yang gilang gemilang. Pelancaran ketiga-tiga model ini telah diadakan bersempena majlis ulang tahun ke-25 yang disempurnakan oleh Menteri Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sambil ditemani oleh Raja Dato' Hanipuddin Raja Dato' Nong Chik (Pengerusi Eksekutif Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd (KMSB).
Ketika mula-mula berada di pasaran motosikal, Benelli hanya mengeluarkan motosikal bersesaran kecil untuk dinikmati. Populariti jenama ini meningkat dengan jayanya disebabkan peminat mesin Benelli hadir daripada pelbagai latar belakang dan gaya hidup. Benelli terkenal sebagai pengeluar motosikal yang pantas, ringan, lincah dan ekonomi. Bertempat di Pameran Motosikal Antarabangsa EICMA November lalu, Benelli hadir untuk memperkenalkan beberapa siri terbarunya yang ternyata mengagumkan.