Harley-Davidson Malaysia memperkenalkan model edisi terhad terbaru daripada Icon Motorcycles Collection iaitu Hydra-Glide Revival. Model softail ini direka semula berasaskan model asal yang dilancarkan pada tahun 1950an yang lalu. Model edisi terhad ini dikeluarkan tidak lebih daripada 1,7,50 unit di seluruh dunia.