☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 19 Jun 2024

Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sport ES di pasaran negara, harga asas RM119,388

Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) memperkenalkan pula sebuah model kembara lagenda iaitu CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES yang telah diperkemaskan dan diperbaharui untuk tunggangan yang cukup mengagumkan.

Model baru ini disempurnakan dengan enjin yang dikemas kini bersesaran 1,084cc, parallel-twin, sistem penyejuk cecair, OHC yang berkuasa 75kW pada 7,500rpm dan tork 112Nm pada 5,500rpm.

MAT BALLISTIC BLACK METALLIC.
MAT BALLISTIC BLACK METALLIC.

Model terbaru Africa Twin ini juga didatangkan dengan sistem Dual Clutch Transmission (DCT) yang telah dipertingkatkan untuk penggunaan tuas klac yang lembut khususnya dalam Gear 1 dan Gear 2. Honda turut melengkapkan model ini dengan tiga (3) mod sistem transmisi beroperasi iaitu Manual Transmission (MT) yang membolehkan penunggang menukar gear menggunaan suis kawalan secara manual.

Automatik D pula sesuai untuk tunggangan kawasan urban dan di lebuhraya manakala pilihan Automatik S pula membuatkan ECU jentera ini 'bekerja' untuk meningkatkan tahap putaran enjin sebelum kita membuat penukaran gear. Suis G pula merupakan pilihan untuk kita meningkatkan lagi tahap tunggangan.

Antara sistem elektronik yang dipadatkan pada jentera lasak Honda ini adalah Throttle-By-Wire (TBW), Honda Selectable Torque Control (HSTC), Wheelie Control, Mod Tunggangan (Tour, Urban, Gravel, Off-Road & USER) dan sistem penyambungan media menerusi panel meter TFT 'Multi Information Display' (MID) bersaiz 6.5-inci dan pod pengecas telefon pintar.

Untuk kualiti tunggangan jarak jauh yang lebih mantap, rekaan fairing fairing hadapan telah direka semula agar lebih aerodinamik dengan cermin pengadang angin 5-pelarasan.

Sistem saspensi Showa Electronically Equipped Ride Adjustment (Showa EERA) yang dahulunya ditawarkan sebagai aksesori pilihan kini hadir sebagai ciri standard. Sistem penyerap hentak elektronik ini menawarkan beberapa mod pilihan iaitu Mid, Hard, Soft, Off-road dan USER.

Pelananya ada dua ketinggian iaitu 840mm (standard) & 820mm (pilihan rendah). Africa Twin baru ini dilengkapkan dengan brek-brek jenis cakera (310mm depan) & 256mm di belakang yang disempurnakan dengan sistem ABS.

PEARL WHITE GLARE.
PEARL WHITE GLARE.

Honda CRF1100L Africa Twin Sports ES ditawarkan pada harga RM119,388 dengan dua pilihan warna iaitu Mat Ballistic Black Metallic dan Pearl Glare White.

Untuk dapat maklumat lebih lanjut, sila layari http://www.hondabigbike.com.my atau kunjungi pusat pameran Honda BigWing berdekatan anda. RR

Isu Pada

Ogos 2024

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.