Isu Terkini

Februari 2024

Sudut RR / 10 Februari 2015

Bencana Alam Satukan Kita!

Tahun 2014 di Malaysia diakhiri dengan bencana banjir yang merupakan antara yang paling teruk pernah berlaku dalam sejarah negara. Antara negeri yang terjejas akibat bah yang cukup dahsyat ini ialah Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak dengan jumlah mangsa mencecah ratusan ribu orang. Semestinya bencana ini ditangisi bukan sahaja individu atau keluarga yang terlibat tetapi juga oleh setiap rakyat Malaysia. Bermula pada 16 Disember lalu, negeri Kelantan terlebih dahulu ditenggelami air dan yang paling kritikal berbanding negeri lain.

Bersama-sama membantu menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir.
Bersama-sama membantu menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir.

Paras air yang meningkat dengan pantas dan ganas kurang daripada sejam mengakibatkan para penduduk di beberapa kawasan seperti di Manik Urai, Gua Musang dan Kuala Krai terperangkap di rumah masing-masing. Rumah hanyut dibawa arus, kenderaan tenggelam ke dasar sungai, ternakan kesayangan hilang entah ke mana, tanam-tanaman musnah malah banjir yang mencecah ke paras tiga tingkat bangunan ini turut meragut banyak nyawa dan di sesetengah kawasan itu bagaikan dilanda ‘tsunami’. Segala apa yang disimpan selama ini hilang sekelip mata. Situasi yang sama lama kelamaan merebak ke kawasan dan negeri-negeri yang lain tidak sampai 24 jam.

Mengimbau kembali detik-detik cemas yang terpaksa mereka tempuhi sememangnya cukup menakutkan. Limpahan air sungai yang deras mengepung kawasan kejiranan bermula di tengah malam. Segala pergerakan darat lumpuh sepenuhnya apabila paras air terus meningkat sehingga seluruh bandar turut ditenggelami air. Arus deras air bercampur lumpur dan sampah memusnahkan segala benda yang menghalang laluannya termasuk rumah, bangunan, kenderaan, jalanraya, pokok-pokok besar malah jambatan yang cukup teguh sekali pun. Situasi bertambah buruk apabila bekalan elektrik dan air turut terputus menyebabkan proses menyelamat di waktu malam terhad.

Sukarelawan membantu membersihkan kawasan rumah mangsa banjir.
Sukarelawan membantu membersihkan kawasan rumah mangsa banjir.

Ada yang sempat mencari perlindungan tetapi ramai juga yang terpaksa bergadai nyawa berlari ke kawasan bukit, berpaut di pokok-pokok, tiang-tiang rumah, bumbung bangunan sementara bantuan tiba. Paling menyayatkan hati apabila mereka menceritakan itulah saatnya masing-masing bermaaf-maafan kerana berkemungkinan salah seorang daripada mereka dihanyutkan. Bagi penduduk yang jauh di dalam kampung pula terpaksa menahan lapar dan sejuk akibat kesukaran bantuan tiba ke lokasi mereka. Sejauh mana kita cuba menghayati kisah mereka ini tetapi segala keperitan dan kesedihan hanya mereka sahaja yang dapat ‘menelannya’.

Bencana ini ternyata menemukan kita dengan perwira-perwira negara yang hadir dari segenap sudut. Kesepaduan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa dalam usaha menyambung kehidupan bersama menyentuh hati dan amat membanggakan. Tentera, Polis, Bomba, Jabatan Pertahanan Awam, wakil-wakil kerajaan, NGO dan sukarelawan mengembeling tenaga tanpa mengira waktu memberi bantuan dengan menyalurkan keperluan asas seperti makanan, pakaian, ubat-ubatan, pemindahan mangsa dan lain-lain lagi dengan menggunakan pelbagai jenis aset seperti bot penyelamat, helikopter, trak tentera.

Mangsa banjir ditempatkan di dewan orang ramai.
Mangsa banjir ditempatkan di dewan orang ramai.

Masyarakat di bandar pula menyumbang tenaga dengan membantu dalam pelbagai cara menerusi gerakan inisiatif seperti Misi Bantuan Banjir yang dianjurkan oleh pelbagai jenis syarikat mahupun pihak persendirian. Antara sumbangan yang amat diperlukan ketika waktu kritikal ialah selimut, pakaian, pek makanan segera, makanan dalam tin, pek minuman pra campuran, bekalan air bersih, susu bayi dan pek kebersihan.

Sekian lama menunggu akhirnya paras air surut sedikit demi sedikit. Ramai yang kembali ke rumah masing-masing tetapi kesemuanya resah dan sedih melihat keadaan rumah yang musnah sepenuhnya namun kehidupan mesti diteruskan. Fasa pemulihan ini ternyata bakal mengambil masa yang cukup lama dan kebanyakan daripada mangsa ini terpaksa memulakan kehidupan dari awal. Ada yang bagaikan sudah berputus asa tetapi demi keluarga tercinta, kudrat dikerah untuk mengembalikan keceriaan yang pernah dikongsi bersama.

Segala kelengkapan rumah & kenderaan rosak ditenggelami air.
Segala kelengkapan rumah & kenderaan rosak ditenggelami air.

Walaupun banjir sudah surut, kawasan yang dilanda bencana ini masih jauh daripada kesempurnaan kerana para penduduk kini terpaksa berhadapan dengan fasa pembersihan pula. Lumpur yang ‘ditinggalkan’ hampir di setiap sudut terlalu tebal untuk dibersihkan tetapi bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Itulah yang dilakukan oleh Kawasaki Motors Sdn Bhd dengan menganjurkan Misi Bantuan Banjir yang melibatkan sebanyak 35 buah motosikal bersama-sama berkonvoi ke Kampung Bangau Tanjung, Temerloh pada 10 Januari lalu.

Kampung yang terkenal dengan ternakan ikan patin ini juga hampir musnah sepenuhnya dan kehadiran para penunggang motosikal ini sedikit sebanyak dapatlah meringankan bebanan yang ditanggung.

Antara mangsa yang sempat ditemui ialah En. Ismahayuddin Abdullah yang merupakan seorang penternak ikan patin. Ismahayuddin hilang 12 buah sangkar ikannya dengan jumlah kerugian sekitar RM90,000 manakala rumahnya juga musnah. “Tidak sampai beberapa jam air naik hampir menenggelamkan rumah menyebabkan segalanya hilang dalam sekelip mata. Hanya berbekalkan semangat yang tinggi sahajalah kami semua penduduk kampung menyambung kehidupan ini,” keluh Ismahayuddin.

Bersama-sama mencuci pakaian yang diselaputi lumpur banjir.
Bersama-sama mencuci pakaian yang diselaputi lumpur banjir.

Pihak Naza World juga turut menyumbang tenaga, barang keperluan dan dana bagi meringankan keperitan yang dialami oleh mangsa-mangsa banjir. Konvoi yang melibatkan 12 buah pacuan empat roda dan lima buah lori ini telah disertai oleh 50 orang sukarelawan yang bertugas untuk menyampaikan segala keperluan kepada 1,500 buah keluarga di beberapa lokasi seperti di Kuantan dan Kuala Krai.

Pihak SYM pula bermurah hati memberikan servis secara percuma untuk motosikal SYM yang mengalami kerosakan. Bantuan Bencana Banjir anjuran SYM ini telah diadakan di lokasi-lokasi yang teruk ditenggelami banjir seperti di Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah, Kota Bharu, Jerteh, Pasir Mas, Kemaman dan Temerloh.

Pelbagai usaha lain turut difikirkan dan dijalankan untuk mengembalikan segala yang telah hilang. Peruntukan khas RM500 juta telah diluluskan oleh pihak kerajaan untuk mangsa-mangsa banjir dan kaedah-kaedah terbaik sedang dilaksanakan secepat mungkin antaranya pembayaran wang ehsan kepada mangsa berpindah sebanyak RM500, pembayaran wang ehsan kepada mangsa yang tidak berpindah sebanyak RM500 dan bantuan khas kematian berjumlah RM5,000 kepada waris. (sumber: Majlis Keselamatan Negara).

Paras air yang melepasi tingkap & pintu rumah.
Paras air yang melepasi tingkap & pintu rumah.

Bagi mengurangkan beban mangsa banjir, berbagai usaha telah dijalankan, antaranya Jabatan Pengangkutan Jalan yang menawarkan penggantian lesen yang hilang akibat bencana ini dengan percuma. Begitu juga dengan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah turut memberi penangguhan pembayaran balik selama enam bulan kepada peminjam di bawah kementerian seperti SPED (Skim Pembiayaan Ekonomi Desa) atau pinjaman MARA termasuk pekedai runcit. (Sila rujuk kepada laman web masing-masing).

Kita juga perlu memikirkan semula SOP (Prosedur Operasi Standard) agar lebih efisien untuk mengurangkan risiko bencana di masa yang akan datang. Kepada saudara dan rakan-rakan yang terlibat dalam musibah ini, RR berharap agar anda terus tabah dan cekal dalam mengharungi kesulitan dalam kehidupan ini. RR

Salam mesra,
Khairil Azuan, Ketua Pengarang

Isu Pada

Februari 2015

Popular

  • Warta Roda

    Boon Siew Honda (BSH) di Malaysia Autoshow 2024 - Bakal Lancar ADV350, CB750, XL750 dan NX500

  • Penunggang Motosikal Maut, Terlanggar Khinzir di Tengah Jalan

  • Warta Roda

    Ducati Monster Senna Edisi Terhad: Penghormatan Buat Ayrton Senna

  • Warta Roda

    Penunggang Motosikal Dihempap Pokok!

  • Warta Roda

    Blueshark Kembangkan Rangkaian Pengedar ke Seluruh Negara

Artikel berkaitan

Silau Akibat Lampu LED? Ramai Luahkan Perasaan yang Sama

5 Sebab Kenapa Tayar Slick tidak Sesuai untuk Jalanraya

Kematian Penunggang Jalan Raya Kian Bertambahm Salah Siapa?

Motosikal Kian Moden, Tabiat Menunggang Kekal Tak Berubah

Menghadapi Hari Dengan Penuh Cekal... Selamat Tahun Baru 2023!

Hukuman Lebih Berat Menanti Pelumba Haram

Hasrat Mengurangkan Kadar Kemalangan Motosikal Perlu Kesedaran

Saranan Haramkan Jualan Kapcai Prestasi Tinggi - Ketua Polis Negara

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Red Bull MotoGP Rookies Cup (Pusingan 2): Podium Kedua Buat Hakim Danish!

Litar Le Mans: Tahniah Danish atas kejayaan menaiki tangga ketiga dalam Perlumbaan 2, Kejuaraan Red Bull MotoGP Rookies Cup 2024.

Warta Roda

Warna Baru Untuk Yamaha MT-15

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah mengumumkan kehadiran model MT-15 ini dengan warna serba baru iaitu Midnight Black dan Midnight Cyan.

Dari Litar

Padu! Hakim Danish Raih Podium di Sepanyol

Memang padu! Tunggangan yang penuh bertenaga dari pelumba negara, Hakim Danish dalam Perlumbaan 2 saingan Red Bull MotoGP Rookies Cup semalam hampir benar memberikannya takhta juara.

Dari Litar

WorldSBK: Pasukan BMW Makin Ceria Dengan Prestasi Toprak!

Pasukan ROKiT BMW Motorrad WorldSBK menyediakan jentera sebaiknya buat Toprak dan Michael Van Der Mark untuk sebarang senario di sini.