Isu Terkini

Oktober 2024

Sudut RR / 10 Jun 2014

Hati-hati, Jaga Diri

Terdapat berbagai jenis pekerjaan di dunia ini dan kesemuanya memerlukan ketabahan hati, kesungguhan, kejujuran dan kesetiaan. Ada pekerjaan yang memerlukan kita berada di dalam pejabat, kedai, kaunter dan ada juga pekerjaan yang memerlukan kita berada di atas jalan raya. Bagi mereka yang bekerja dengan menggunakan motosikal… hati-hatilah selalu dan seboleh-bolehnya belajarlah sedikit sebanyak mengenai hal yang berkaitan dengan motosikal.

Bagi mereka yang bekerja sebagai posman, penghantar pizza, dokumen, penjual aiskrim atau mereka yang ingin ke tempat kerja dengan motosikal, perkara paling penting yang perlu diperiksa setiap kali sebelum memulakan perjalanan ialah keadaan tayar, isi tangki dan brek. Tayar yang botak amat membahayakan penunggang, ketiadaan cengkaman antara permukaan tayar dengan permukaan jalan memudahkan kita terbabas hampir di mana sahaja.

Kurangnya keprihatinan terhadap bekalan petrol dalam tangki boleh menyebabkan enjin mati ketika kita sedang tergesa-gesa mencari stesen minyak. Kalau sempat tidak mengapa, kalau tak sempat? Kita terpaksa menolak motor entah sejauh mana dan ini menyebabkan kita terdedah pada risiko dirompak dan sebagainya. Okay… brek yang sudah haus tidak mungkin mampu memberhentikan kenderaan dengan tepat dan sudah pasti keadaan ini tidak kita inginkan terutamanya sewaktu membawa dokumen atau surat-surat penting.

Bagi peniaga kecil-kecilan, penjual roti, peniaga karpet dan mereka yang mengambil upah memotong rumput, jangan biarkan barangan yang dibawa itu boleh menyebabkan kemalangan atau meragut nyawa anda! Bebanan yang terlalu berat akan menjadikan motosikal anda hilang kestabilan manakala roti yang berjuntai itu kadang kalanya menutup lampu isyarat. Kenderaan di belakang sukar mengagak ke mana arah tuju dan jika tersilap? Bukankah mengganggu mata pencarian anda.

Penyapu sampah, pencakar, sabit, set pemotong rumput dan bahan api yang dibawa perlulah diikat atau disusun dengan sempurna. Tidak mungkin mereka ini dapat bergerak, membuat belokan atau memberhentikan motosikal dengan sempurna jika barangan tadi tidak dikemaskan. Ya… ini juga boleh menjadi sebab utama berlakunya kemalangan.

Tidak lupa juga kepada pihak berkuasa bermotosikal seperti polis, askar, peronda lebuhraya dan bomba. Sememangnya tugas memerlukan motosikal dipecut agak laju tetapi tumpuan pada keadaan jalan perlu diutamakan walaupun motosikal-motosikal dilengkapi dengan lampu kelipan dan bunyi siren yang kuat. Ramai pengguna jalanraya yang tidak peka dengan kehadiran pihak berkuasa. Mereka seolah-olah buta (tidak melihat kelipan lampu) dan pekak (tidak mendengar bunyi siren) – terus mengekalkan kenderaan mereka di laluan yang sama.

Masih ada juga segelintir penguatkuasa yang tidak mengenakan jaket keselamatan, tidak bersarung tangan atau topi keledar penuh muka. Topi keledar jenis ‘flip-up’ adalah pilihan yang tepat, ia memudahkan proses penggunaan berinteraksi sesama rakan setugas dan untuk memberi arahan. Anggota badan yang tidak dilindungi mudah tercedera. Walaupun didoakan jangan ada yang berlaku tetapi segala kemungkinan perlu difikirkan. ‘Sediakan payung sebelum hujan.’

Mereka yang tidak berada di atas jalan tetapi bekerja dengan motosikal seperti mekanik juga perlu sentiasa menjaga keselamatan. Kalau kalian cedera, susahlah pengguna motosikal. Faktor yang boleh menyebabkan kecederaan ialah kecuaian meletakkan peralatan membaiki, wayar-wayar atau peralatan elektrik yang tidak dijaga dengan baik, tumpahan minyak dan pakaian yang tidak cukup selamat. Pakaian contohnya, kotor dan tidak selamat adalah dua perkara berbeza – kasut kotor boleh digunakan manakala kasut yang tidak selamat (masalah tapak yang haus, koyak di sisi atau sudah lembik) jangan dipakai!

Anggaplah pengguna motosikal itu rakan kita. Kalau nampak sesuatu perkara yang boleh membahayakan mereka, sila tegur dan penunggang yang ditegur itu janganlah cepat melenting atau marah. Teguran itu sifat keprihatinan yang baik. Selamat Menunggang. RR

Salam Mesra,
Khairil Azuan, Ketua Pengarang

Isu Pada

Jun 2014

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Artikel berkaitan

Silau Akibat Lampu LED? Ramai Luahkan Perasaan yang Sama

5 Sebab Kenapa Tayar Slick tidak Sesuai untuk Jalanraya

Kematian Penunggang Jalan Raya Kian Bertambah Salah Siapa?

Motosikal Kian Moden, Tabiat Menunggang Kekal Tak Berubah

Menghadapi Hari Dengan Penuh Cekal... Selamat Tahun Baru 2023!

Hukuman Lebih Berat Menanti Pelumba Haram

Hasrat Mengurangkan Kadar Kemalangan Motosikal Perlu Kesedaran

Saranan Haramkan Jualan Kapcai Prestasi Tinggi - Ketua Polis Negara

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

Hakim Danish Ramli meneruskan rentak konsisten salam saingan Moto3 apabila menamatkan perlumbaan di GPAragon di tempat ke-12.

Dari Litar

Hakim Danish Mahu Bangkit Semula di GP Aragon

Hakim Danish Ramli bersedia melupakan kekecewaan di Silverstone dan mengalihkan fokus kepada misi kebangkitan pada GP Aragon.

Warta Roda

Royal Enfield Sambut Ulang Tahun ke-125

Royal Enfield meraikan ulang tahun ke-125 penubuhannya di peringkat global sambil memperkukuhkan lagi kedudukan dalam segmen motosikal kelas pertengahan.

Model Baru

KYMCO XCITING VS 400 Dilancarkan

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS) selaku pengedar rasmi jenama KYMCO di Malaysia dengan bangganya melancarkan skuter maksi terbaru, Kymco Xciiting VS 400.