☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Sudut RR / 30 Mac 2018

Usah Ikut Rentak Orang

Tahun 2018 merupakan yang tahun ke-32 buat majalah RodaRoda dan terima kasih kepada semua, kami masih gagah untuk terus menabur bakti pada para pengguna motosikal di seluruh negara. Apa pun, apabila mendengar dan mendapat berita mengenai insiden dan kemalangan yang melibatkan rakan-rakan motosikal, hati terus remuk dan terus risau. Sememangnya ajal di tangan Tuhan tetapi apabila sesetengah maklumat yang diterima mengatakan kemalangan itu berpunca daripada kealpaan dan kesilapan penunggang sendiri, ia lebih menyedihkan.

Indeks kemalangan maut yang melibatkan pengguna motosikal di Malaysia bagaikan tidak pernah berkurangan. Statistik jumlah kematian dalam 10 tahun (dikeluarkan oleh Motorcycle & Scooter Assemblers And Distributors of Malaysia - MASAAM) telah menyaksikan satu nilai yang sangat menakutkan. Lebih daripada 70,000 orang mangsa! Mengapa ini harus terus berlaku sedangkan pelbagai pihak dari agensi kerajaan mahu pun swasta telah menganjurkan kempen keselamatan, klinik menunggang, pendekatan melalui sistem pendidikan, iklan berkonsep kesedaran, siri televisyen berkonsepkan keselamatan dan banyak lagi?

Jawapannya terletak pada diri kita sendiri. Tidak dinafikan ramai di kalangan kita yang memang mahir dan handal bermotosikal tetapi sifat terlalu mudah mengikut rentak orang lain ada kalanya memakan diri. Jika dalam berkonvoi, usahlah terlalu ingin mengikut rentak kawan kita yang menggunakan jentera yang berkuasa lebih tinggi. Kalau kita menunggang jentera 600cc, usah dicuba mengekori member yang memacu 1200cc.

Nilaikan juga usia dan teknologi jentera kita. Kalau model tua sedikit, janganlah hendaknya mengikut rentak rakan-rakan yang menunggang jentera baru yang kini dipadatkan dengan teknologi terkini yang mungkin lebih selamat dan lebih stabil dalam suatu kelajuan berbanding jentera lama. Oleh itu, usah ikut rentak mereka dan kekalkan kelajuan dan rentak yang sepatutnya. Kalau mereka lebih laju...biarkanlah! Setidak-tidaknya, kita tetap sampai, tetap dapat 'layan' dan masih dapat pulang ke rumah berjumpa yang tersayang dengan selamat.

Tiada yang lebih mengujakan selain 'meleper' di litar. Ia selamat dan sangat menyeronokkan tetapi... usahlah kita mudah benar teruja dan cuba mengikut rentak penunggang yang jauh lebih mahir. Kesilapan dan hilang tumpuan sering berlaku di kalangan para penunggang motosikal termasuklah di litar. Oleh itu sentiasa akur dengan kemampuan diri dan tungganglah dengan bijak! Gunakan detik-detik tersebut untuk mempertingkatkan keupayaan diri dengan mengikut rentak kita sendiri. Dengan latihan dan minat mendalam pada dunia motosikal, prestasi kita akan semakin baik dari masa ke semasa. Bersabarlah!

Memang seronok melihat para pengembara motosikal dari Malaysia yang kini semakin berani menjelajah ke negara-negara luar yang jarak perjalanannya mencecah ribuan kilometer. Benar... ia adalah satu pencapaian yang membanggakan. Apa yang didoakan ialah, bagi mereka yang baru ingin menceburi dunia ini... mulakan langkah pertama anda dengan bijak dengan mengikuti konvoi yang jaraknya tidak beberapa jauh. Tujuannya adalah untuk mengenal pasti cara dan corak tunggangan di negara orang.

Jangan tersalah kumpulan! Lebih baik bermula dengan rakan-rakan rapat yang tidak mungkin akan memecut ke hadapan tanpa memikirkan rakan baru yang masih belum arif dengan dunia luar. Akibat ingin mengejar konvoi di hadapan, sudah ramai pengembara motosikal tersalah langkah yang menyebabkan berlaku insiden tidak diingini. Percayalah... urusan yang melibatkan kes kemalangan ini agak susah untuk diselesaikan.

Bagi rakan-rakan yang bertugas di dalam bandar, kita sentiasa berdepan dengan risiko tinggi. Kereta tersalah simpang, menukar lorong tanpa isyarat, keluar simpang sesuka hati, tidak berhenti di lampu merah adalah punca utama kes kemalangan di bandar. Oleh itu sentiasa berwaspada dan pastikan laluan kita selamat. Jangan terus memecut ke depan sebaik sahaja lampu bertukar dari merah ke hijau. Ambil sedikit masa (dalam 5-7 saat) untuk memastikan kenderaan di laluan bertentangan telah benar-benar berhenti dan barulah kita menyambung perjalanan.

Bagi rakan-rakan yang memakai pakaian keselamatan yang lengkap seperti but, sarung tangan, jaket dan topi keledar... tahniah kami ucapkan. Usahlah terikut-ikut rentak rakan-rakan jika mereka mengenakan pakaian ringkas atas alasan untuk tampak moden atau hipster. Ketepikan penampilan ini ketika di atas jalan raya kerana kalau berlaku apa-apa, habis cedera seluruh badan... terus tak hensem, tak cantik.

RR yakin pada kebijaksaan rakan-rakan motor di seluruh negara dalam memilih untuk menunggang dengan selamat atau menunggang sesuka hati. Ikuti undang-undang, terbitkan rasa tanggungjawab, sentiasa menunggang dengan berhemah dan berharap kita selamat tiba ke setiap destinasi yang dituju. RR

Selamat Menunggang.

Isu Pada

Mac 2018

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Silau Akibat Lampu LED? Ramai Luahkan Perasaan yang Sama

5 Sebab Kenapa Tayar Slick tidak Sesuai untuk Jalanraya

Kematian Penunggang Jalan Raya Kian Bertambah Salah Siapa?

Motosikal Kian Moden, Tabiat Menunggang Kekal Tak Berubah

Menghadapi Hari Dengan Penuh Cekal... Selamat Tahun Baru 2023!

Hukuman Lebih Berat Menanti Pelumba Haram

Hasrat Mengurangkan Kadar Kemalangan Motosikal Perlu Kesedaran

Saranan Haramkan Jualan Kapcai Prestasi Tinggi - Ketua Polis Negara

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.