☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Sudut RR / 8 Mac 2017

Teksi Motosikal Kini Hangat Dipersoalkan

Hampir setiap hari kita mendengar dan melihat laporan mengenainya tersebar luas di media cetak dan media massa. Teksi motosikal adalah satu lagi perkhidmatan awam yang sedang mendapat perhatian sekarang ini. Di negara-negara jiran seperti di Indonesia dan Thailand, perkhidmatan seperti ini (digelar Gojek atau GrabBike) bukanlah satu fenomena baru malah telah beroperasi sejak beberapa tahun yang lalu.

'Mudah!' Itulah ciri-ciri utama yang amat penting yang ditawarkan oleh perkhidmatan seperti ini. Pengguna tidak perlu beratur panjang dan menunggu lama sebaliknya hanya berinteraksi dengan menggunakan telefon pintar untuk mendapatkan teksi motosikal atau 'Dego Ride'. Bagi sebuah bandar metropolitan yang sering kali 'terseksa' dengan masalah kesesakan lalu lintas, Dego, Gojek atau GrabBike amatlah diperlukan.

Tujuan utama perkhidmatan ini diadakan cukup jelas iaitu untuk memudahkan suatu perjalanan warga kota, mengurangkan kadar kesesakan lalu lintas dan pastinya untuk menambah pendapatan bagi golongan pertengahan yang kini sedang dihimpit oleh ekonomi negara yang masih belum kukuh. Kemunculan perkhidmatan 'baru' ini telah mendapat maklum balas yang berbeza daripada para netizen. Ada yang menyokong dan tidak kurang juga yang memberi maklum balas berbeza.

Menerusi laporan akhbar Berita Harian bertarikh 30 Januari lalu, pihak Dego Ride menyediakan perkhidmatan ini pada kadar caj serendah RM2.50, meliputi jarak perjalanan sehingga tiga kilometer. Para pelanggan juga diberikan perlindungan insurans kemalangan dan perubatan sehingga RM500 (bergantung syarat & terma), pergerakan Dego Ride juga dipantau oleh Ride Tracker dan topi keledar juga akan dibersihkan setiap kali perkhidmatan serta penutup rambut disediakan.

Segala yang ditawarkan oleh pihak pengusaha setakat ini mendapat penerimaan daripada para pengguna. Bagi pengguna LRT contohnya, kebanyakan destinasi yang dituju agak berjauhan dengan stesen dan sudah semestinya perkhidmatan Dego Ride atau yang seumpamanya diperlukan. Seseorang itu tidak perlu berjalan jauh, tidak tersekat dengan kesesakan lalu lintas, tidak terlepas temu janji dan menjimatkan.

Walaupun begitu, perkhidmatan ini tidak mendapat 'restu' daripada pihak kerajaan. Dalam laporan akhbar Berita Harian (25 dan 30 Januari), Timbalan Kementerian Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi menegaskan bahawa pihak kerajaan tidak pernah mengeluarkan lesen membenarkan perkhidmatan mengangkut penumpang menggunakan motosikal dan mengambil upah. Sehubungan itu, beliau mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bertindak terhadap perkhidmatan Dego Ride mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyalahgunakan lesen kenderaan motor (LKM) yang dikhaskan untuk penggunaan peribadi.

Kata-kata beliau diperkuatkan lagi dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang dilaporkan oleh akhbar Berita Harian dan The Star bertarikh 13 Februari iaitu JPJ dan SPAD akan menjalankan operasi penyamaran untuk menghentikan perkhidmatan teksi motosikal ini atas faktor keselamatan serta ia tidak membantu mengurangkan kadar kemalangan. Berikutan itu, tiga penunggang teksi motosikal telah disaman sehari kemudian seterusnya akan didakwa dan jika sabit kesalahan, masing-masing boleh didenda sehingga RM10,000 atau dua tahun penjara.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh akhbar Berita Harian dan Astro Awani, Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar pula mengakui agensi itu tiada kuasa untuk mengekang perkhidmatan ini malah beliau sendiri menyukai kreativiti yang telah ditunjukkan. Namun, beliau turut berkata bahawa motosikal tidak termasuk sebagai kenderaan yang dibenarkan untuk membawa penumpang dengan sebarang bayaran.

RR berharap kesemua pihak terlibat dapat menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin dan bijaksana demi memudahkan para pengguna di seluruh negara, amnya di bandar-bandar besar. Kerajaan seharusnya melihat inisiatif dan kreativiti anak-anak muda yang cuba melaksanakan sesuatu demi membawa kita ke arah pembentukkan warganegara yang lebih maju. RR

Isu Pada

Mac 2017

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Silau Akibat Lampu LED? Ramai Luahkan Perasaan yang Sama

5 Sebab Kenapa Tayar Slick tidak Sesuai untuk Jalanraya

Kematian Penunggang Jalan Raya Kian Bertambah Salah Siapa?

Motosikal Kian Moden, Tabiat Menunggang Kekal Tak Berubah

Menghadapi Hari Dengan Penuh Cekal... Selamat Tahun Baru 2023!

Hukuman Lebih Berat Menanti Pelumba Haram

Hasrat Mengurangkan Kadar Kemalangan Motosikal Perlu Kesedaran

Saranan Haramkan Jualan Kapcai Prestasi Tinggi - Ketua Polis Negara

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).