☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 27 Julai 2025

PETRONAS Sprinta Lancarkan F900HD, Khusus Untuk Jentera Harley-Davidson

Bersempena dengan majlis ulang tahun ke-10 Wings Motor Gang Society (WMGS) dan Bike Week Zon Utara, PETRONAS Sprinta telah memperkenalkan pelincir terbaru iaitu F900HD yang hadir dengan dua varian terbaru iaitu F900 HD 4T 10W-60 dan 4T 20W-50.

Hadir menyempurnakan majlis ialah En. Zameer Zahur Hussain, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) yang menyatakan pelincir terbaru dari PETRONAS Sprinta ini telah diuji bersama lima orang pemilik Harley-Davidson yang menunggang jentera mereka dari Malaysia ke beberapa destinasi di Thailand.

Kualiti serta kadar pelincir tersebut diperiksa selepas ribuan kilometer dah hasilnya sangat positif. Ternyata, minyak enjin ini sesuai untuk tunggangan bandar dan jarak jauh kerana ia dirumus dengan formula untuk berdaya tahan, melindungi dan membersihkan enjin.

Kedua-dua varian F900 HD ini juga disempurnakan dengan polyalphaolefin (PAO) dan ester, aditif yang memastikan keadaan enjin berada di tahap terbaik sepanjang perjalanan khususnya dari segi geseran dan suhu. Sudah pasti sesebuah motosikal yang didatangkan dengan pelincir berkualiti memberikan keselesaan bukan sahaja ketika dalam perjalanan tetapi juga untuk pemilikian yang menyeronokkan.

Seperti yang kita tahu, Ester membantu mengurangkan geseran, membantu meningkatkan jangka hayat enjin untuk menjadikannya lebih tahan lama. Enjin yang bersih mematikan prestasi enjin yang mantap, kuasa pecutan yang padu, pengurangan pembentukan karbon, meredam getaran enjin, mencecah masalah karat dan berlakunya kakisan enjin.

PETRONAS Sprinta F900 HD ini juga telah mendapat kelulusan SIRIM dan ditawarkan pada harga RM93.00 untuk F900 HD 4T 20W-50 dan M97.00 (F900 HD 4T 10W-60). Apa yang membanggakan, PETRONAS Sprinta merupakan produk antarabangsa yang dihasilkan di negara kita. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.