☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 1 Disember 2025

MKA Group Kini Pengedar Rasmi Jenama Ipone di Malaysia

Specialty Lubricants Trading Sdn Bhd, prinsipal rasmi Ipone di Malaysia, mengumumkan pelantikan MKA Group sebagai pengedar rasmi baharu jenama pelincir motosikal terkemuka dari Perancis itu. Langkah ini merupakan strategi penting Ipone untuk memperluaskan rangkaian pengedarannya di seluruh Semenanjung Malaysia.

Kerjasama ini membolehkan Ipone memanfaatkan rangkaian pengedaran MKA Group yang luas, sekali gus memastikan produk seperti minyak enjin, produk penjagaan dan penyelenggaraan motosikal lebih mudah diperoleh oleh peruncit serta pengguna.

MKA Group, sebuah nama kukuh dalam industri automotif tempatan dengan pengalaman lebih 30 tahun, memiliki lebih 550 kakitangan serta kemudahan logistik bertaraf tinggi. Keupayaan operasi yang mantap menjadikan syarikat ini rakan kongsi ideal untuk mengembangkan capaian Ipone di Malaysia.

Menurut Ravi Shankar, Pengurus Besar Motul Malaysia, pelantikan ini membuka peluang lebih besar untuk memperkenalkan rangkaian produk Ipone kepada penunggang tempatan. Beliau menekankan bahawa kolaborasi dengan MKA Group akan meningkatkan akses pengguna terhadap produk Ipone yang terkenal dengan prestasi, inovasi dan kualiti selama lebih empat dekad.

"Kerjasama ini mencerminkan komitmen kedua-dua pihak dalam menyediakan produk berkualiti tinggi kepada pelanggan. Kami juga menegaskan bahawa rangkaian luas MKA Group akan membantu membawa produk Ipone kepada lebih ramai penunggang di seluruh Semenanjung Malaysia," kata Doc Dol, Pemgarah MKA Group. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).