☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Jun 2016

'Breakfast' Santai Dengan Para Pemilik Victory & Indian Motorcycle!

Harmony Fabulous Sdn Bhd, pengedar rasmi jentera Victory Motorcycle dan Indian Motorcycle telah menganjurkan sesi makan dan minum pagi bersama para pencinta motosikal pada penghujung April lalu. Program santai ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama rakan motosikal seterusnya mempromosikan jentera-jentera Victory dan Indian kini yang semakin mendapat perhatian.

“Indian merupakan sebuah jentera premium manakala Victory pula model terkini yang tawarkan bentuk yang anggun dan menarik. Untuk kedua-dua jenama ini, kami menyasarkan penjualan 50 unit pada tahun ini dan sempena ulang tahun ke 115, jentera-jentera Indian kini ditawarkan pada harga promosi yang cukup hebat. Promosi ini ditawarkan untuk sepanjang tahun,” kata Head of Harmony Fabulous Sdn Bhd, En. Amir Abu Bakar.

Pihak Harmony Fabulous Sdn Bhd turut memberikan peluang kepada para hadirin menguji jentera-jentera Indian dan Victory pada majlis yang sama. Majlis pada hari itu dimeriahkan lagi dengan adanya sesi cabutan bertuah yang menawarkan hadiah-hadiah menarik berupa baju-T dan sarung tangan. Selain itu barangan aksesori boleh didapati di sini seperti sarung tangan, pakaian menunggang dan macam-macam lagi.

“Untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kedua-dua jenama ini, pihak Harmony Fabulous Sdn Bhd akan mengadakan roadshow, menyertai perhimpunan bike week dan program-program kemasyarakatan,” tambahnya lagi.

Segala kelengkapan dengan pelbagai jenis aksesori untuk menghiasi jentera-jentera easyrider seperti Indian dan Victory dapat dibeli di pusat jualan ini. Syarikat ini juga telah menawarkan waranti untuk kedua-dua jenama selama dua tahun dengan jarak perjalanan tanpa had. RR

Isu Pada

Jun 2016

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.