Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Julai 2019

WINGS Gegar Phuket Bike Week!

Salam dari pulau Andaman! Patong Beach, Phuket Thailand sentiasa menjadi tumpuan para pelancong dari serata dunia termasuklah para pencinta motosikal dari Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia, Kemboja, India, China dan lain-lain. Tuan Haji Sumon, pengasas dan penganjur Phuket Bike Week (PBW) memilih tarikh hari perayaan Songkran untuk menganjurkan acara yang cukup meriah itu.


Bersempena dengan PBW tahun ini, ramai di kalangan pemilik dan peminat motosikal yang telah bersiap sedia dari awal lagi. Ada rakan bikers dari negara Indonesia dan Brunei yang telah awal menghantar motosikal mereka ke Port Klang dengan hasrat dapat menunggang bersama rakan dari Malaysia dan Singapura menuju ke Phuket.

PBW kali ini juga agak istimewa kerana kumpulan muzik rock lagenda Malaysia iaitu WINGS bersama penyanyi utamanya Dato’ Ahmad Azhar Bin Othman yang lebih dikenali semua sebagai Dato’ Awie telah dijemput untuk membuat persembahan di Dataran Patong Beach. Rakan bikers dari Wings Motor Gang Society (WMGS) memulakan perjalanan mereka dari Kuala Lumpur pada 11 April 2019 menuju ke Wang Kelian, Perlis yang bersempadan dengan Satun di jajahan negara Gajah Putih.


 
Tanggal 12 April 2019, satu majlis tandatangan persefahaman antara WMGS MG dengan Highway of God Thailand telah disempurnakan dengan kehadiran Dato’Awie bersama En. Arlee Srisaad, Presiden HOG Thailand. Menerusi persefahaman ini, ia mengembangkan lagi sayap WINGS untuk keahlian Wings Motor Society Asean (WMGSA).

En. Rons Aly yang berasal dari Malaysia tetapi telah lama menetap dan berniaga di Bangkok adalah orang perantara dan sebagai jurubahasa bagi Dato’ Awie di majlis penuh bersejarah itu. Maka bertambah lagi satu sayap WINGS dan WMGS, tahniah diucapkan.


13 April 2019. Lebih kurang jam 8.00 malam, Dataran Patong Beach, Phuket sudah dipenuhi oleh para penunggang motosikal yang hadir dari beberapa buah negara.

Penganjur PBW ke25 telah mengadakan satu acara kebajikan menerusi lelongan sebuah tangki minyak motor yang telah diubahsuai. Lelongan bermula dengan Baht1,000 dan meningkat sehingga ke Baht30,000 yang diperoleh daripada En. Mike dari Melaka.

Beliau juga salah seorang biker yang sering hadir ke PBW hampir di setiap tahun. Selesai acara lelongan, para pengunjung dihiburkan dengan persembahan kumpulan WINGS yang cukup bertenaga. Lagu-lagu popular mereka ternyata sudah tidak asing lagi khususnya buat para peminat dari Malaysia, Singapura dan Indonesia yang turut menyanyi bersama-sama.

Acara Phuket Bike Week melabuhkan tirainya pada keesokan hari dan para penunggang motosikal dari pelbagai kelab mula berangkat pulang ke negara masing masing. Bagi yang tidak mahu bersesak-sesak di sempadan Malaysia – Thailand, mereka membuat keputusan untuk menetap di Phuket untuk semalam lagi. Apa yang diharapkan ialah perhubungan dan persahabatan antara kelab permotoran Malaysia dan negara jiran dapat diperkukuhkan. Ini amat penting kerana kedua-dua negara sering menerima kunjungan para pengembara motosikal yang ingin melihat keunikan negara masing-masing. RR

- Nz York

Isu Pada

Julai 2019

Popular

  • Warta Roda

    WMOTO Griffin 205 Sudah Berada di Pusat Pengedar Mforce Smartshop

  • Warta Roda

    Art of Speed 2026: 15 Tahun Menyatukan Jiwa Kustom

  • Warta Roda

    Honda ADV160 Edisi Terhad Versi Spider-Man Dilancarkan - Bermula RM14,149

  • Berita Kelab

    Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

  • Dari Litar

    Hakim Danish Kutip Mata Berharga Walaupun Berdepan Cabaran di Sachsenring

Artikel berkaitan

WMOTO Griffin 205 Sudah Berada di Pusat Pengedar Mforce Smartshop

Art of Speed 2026: 15 Tahun Menyatukan Jiwa Kustom

Honda ADV160 Edisi Terhad Versi Spider-Man Dilancarkan - Bermula RM14,149

Sprinta Ladies Satukan Komuniti Lady Bikers di Malaysia

Empat Penunggang Maut Dalam Kemalangan Membabitkan Motosikal Dan Kereta

MODENAS & GIATMARA Bekerjasama Dengan Melancarkan Pusat Servis Motosikal Elektrik

Advenduro-X Meriahkan Moto Test Fest 2026

Yamaha Y15ZR 2026 Bagi Varian Standard & SE Terima Warna Baharu

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Qabil Irfan Raih Podium Pertama Musim Ini

Qabil Irfan Azlan melakar sejarah peribadi apabila meraih podium sulung dalam saingan Moto4 European Cup

Dari Litar

Francesco Bagnaia Tandangani Kontrak 4 Tahun Bersama Aprilia

Sah...pelumba dari Itali dan juga bekas juara MotoGP dua kali, Francesco Bagnaia (Pecco) akan meninggalkan Ducati untuk meneruskan kariernya bersama pasukan Aprilia Racing bermula musim 2027 nanti.

Dari Litar

Ai Ogura Terpantas di Sesi Latihan Pertama

Ai Ogura memulakan kempen GP Republik Czech dengan cemerlang apabila mencatat masa terpantas pada sesi hari Jumaat.

Warta Roda

Honda Vario 125 Baharu Tampil Dengan Ciri Dipertingkatkan - RM7,268

Boon Siew Honda (BSH) memperkenalkan Honda Vario 125 Baharu yang tampil dengan beberapa pembaharuan.