☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Ogos 2016

Pembukaan Pameran Koleksi Motosikal Honda

Ia merupakan pameran awam terbesar koleksi motosikal Honda di dunia selain ruang pameran milik syarikat Honda sendiri yang berada di Litar Twin Ring, Motegi di Jepun. Pameran yang dibuka untuk tatapan orang awam ini telah pun dibuka dengan rasminya. Ia terletak kira-kira 160 kilometer arah Tenggara London iaitu di Leiston, Suffolk.C50 Cub (1969) dan CB750 K1 (1968)

Ketika melancarkan ruang pameran baru di bangunan dua tingkat itu, ramai pencinta motosikal di kalangan para wartawan, selebriti televisyen dan orang kenamaan telah hadir memberi sokongan. Antaranya ialah pengacara Top-Gear, James May dan pelumba lagenda, Freddie Spencer yang telah memenangi pelbagai kejuaraan dengan menunggang jentera Honda.

Dari kiri: David Silver, Freddie Spencer & James May di hadapan bangunan Muzium Honda.
Dari kiri: David Silver, Freddie Spencer & James May di hadapan bangunan Muzium Honda.

CB450 Twin (1966)

Pemilik dan pengumpul tersebut, David Silver sememangnya seorang insan yang begitu menyintai dunia motosikal khususnya Honda. Pada tahun 1977 iaitu ketika umurnya baru 16 tahun, dia mula memiliki sebuah moped iaitu Honda SS50. Kini, beliau yang telah pun berumur 55 tahun merupakan seorang pengusaha barangan alat ganti Honda yang cukup berjaya sejak 30 tahun yang lalu.

James May merasmikan muzium.
James May merasmikan muzium.

Beliau kini merupakan sumber New Old Stock Genuine Spare Parts (NOS) yang terbesar di Eropah. Syarikat miliknya mempunyai alat ganti dari pelbagai jenis motosikal dari tahun 1960an, 1970an hingga ke tahun 2005. Silver memulakan perniagaannya dengan bermodalkan beberapa ratus pound untuk membeli tangki-tangki motosikal dan madgad lama. Kini dia memperoleh bekalan dan barangan daripada para pengedar dan penjual dari seluruh dunia yang membolehkan para pelanggan miliki alat ganti dari pelbagai jenis model. Sila layari www.davidsilverspares.co.uk untuk melihat alat-alat ganti motosikal Honda yang boleh kita miliki.

Barisan moped pelbagai model Honda.
Barisan moped pelbagai model Honda.
Jentera perlumbaan milik pelumba Isle Of Man, Joey Dunlop - VTR SP1.
Jentera perlumbaan milik pelumba Isle Of Man, Joey Dunlop - VTR SP1.

Kira-kira 10 tahun yang lalu, Silver mencari dan menjejaki setiap unit motosikal bersejarah dengan sempurna untuk disimpan. “Saya rasa koleksi ini bermula dengan mengumpul alat ganti sesebuah model terlebih dahulu dan memandang ia adalah barangan yang kami niagakan, maka proses pencarian ini menjadi lebih mudah. Ya... sebahagian daripada motosikal pameran ini dilengkapkan dengan menggunakan alat ganti yang tersimpan dalam stok kami,” kata Silver.

Dengan tema 'Bikes I Used to Own', muzium ini merupakan satu tempat yang mampu mengembalikan nostalgia dan kenangan menarik buat pencinta motosikal dengan harapan para pengunjung akan berkata... “Saya pernah memiliki model Honda tersebut.”

Replika jentera lumba Honda RC166 350cc, 6 silinder.
Replika jentera lumba Honda RC166 350cc, 6 silinder.
Freddie Spencer menunggang Honda Cub F-Type 1951.
Freddie Spencer menunggang Honda Cub F-Type 1951.

Dua tahun lepas, Silver meluaskan operasi perniagaannya ke USA dengan membuka sebuah gudang di Pennsylvania. Tidak lama kemudian, dia membeli 120 buah motosikal Honda yang terdiri daripada model lama sekitar tahun 1970an. Mesin-mesin istimewa ini telah dipasang semula oleh pengedar utama Honda, Bob Logue sebelum dihantar ke United Kingdom. Silver turut berjaya mendapatkan beberapa model 'rare' 1950an daripada pengumpul motosikal di Eropah untuk menambah koleksinya.

David Silver berucap ketika pelancaran muziumnya
David Silver berucap ketika pelancaran muziumnya

Ketika di Pennsylvania, kebanyakan motosikal ini dibeli daripada para pengedar tempatan yang memilikinya. Jarak odometer juga hanya beberapa ratus batu sahaja dan paling penting, semuanya dalam keadaan asli. Jumlah keseluruhan koleksi milik Silver kini sudah lebih daripada 200 buah motosikal yang dibuat dari tahun 1951 hingga 1991. Walaupun begitu, disebabkan masalah ruang yang agak terhad, hanya 150 buah motosikal sahaja yang dipamerkan tetapi sering ditukar dan diganti agar tidak membosankan para pengunjung.

Muzium ini bermula dengan mempamerkan model sejarah Cub F dan diakhiri dengan kemantapan sebuah jentera ikonik iaitu CBR900RR Fireblade. Koleksi David Silver ini juga bertujuan untuk memberi penghormatan kepada pengasas jenama hebat ini, Soichiro Honda. James May turut bersetuju dengan keseluruhan idea ini, “Ia menceritakan kisah bagaimana Soichiro Honda membina sebuah syarikat sehebat ini. Para pengunjung akan melihat bagaimana indah dan menariknya perjalanan Honda dan berkongsi kenangan dengan kisah bermotosikal masing-masing.”

“Saya cukup bertuah kerana memiliki beberapa buah jentera bersejarah Honda dan selepas berada di sini, saya rasakan untuk memiliki model lain di masa hadapan. Saya yakin para pencinta motosikal di seluruh dunia mempunyai minat yang sama dengan apa yang sedang dibuat oleh Silver,” tambah James lagi.

Pelumba lagenda dari US, Freddie Spencer turut berkongsi pandangan yang sama. “Saya juga boleh dikira amat bertuah kerana dapat mengembara ke seluruh dunia ketika bekerja dulu. Saya pernah melihat beberapa koleksi motosikal yang hebat sebelum ini yang hanya untuk tatapan peribadi atau pun untuk orang awam. Tetapi saya belum pernah melihat koleksi pelbagai model jalanan Honda sebanyak ini.”

“Saya cukup beruntung kerana pernah bertemu dengan En. Honda secara peribadi dan bagi saya, dia merupakan seorang pencipta yang sangat bijak. Koleksi motosikal-motosikal ini telah berjaya meliputi hampir keseluruhan hidupnya dalam menghasilkan sesuatu yang kreatif dan hebat,” kata Juara Dunia Grand Prix 500cc sebanyak tiga kali itu.

Kepada para pembaca RR yang ingin melihat serba sedikit mengenai koleksi David Silver serta beberapa maklumat mengenai muzium ini, sila layari www.davidsilverhondacollection.co.uk. RR

Laporan: Alan Cathcart
Kredit Foto: Motocom

Isu Pada

Ogos 2016

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.