☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Oktober 2016

Sinar Puncak Kini Pengedar Sah Alpinestars

Pengeluar aksesori motosikal terkenal dunia, Alpinestars telah melantik Sinar Puncak Sdn Bhd sebagai pengedar rasmi terbaru untuk pasaran Malaysia. Dengan kerjasama baru ini, Sinar Puncak Sdn Bhd akan memberi sokongan penuh kepada Alpinestars untuk mengembang dan memperluaskan pasaran di rantau ini. Pembangunan pemasaran pesat akan dijalankan di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak.

Dengan menawarkan barisan produk-produk menunggang hebat seperti kasut, pakaian keselamatan dan teknikal, syarikat ini akan sentiasa memastikan saluran perniagaan berada di jalan terbaik. Tumpuan utama kini tentulah menerusi segmen pengembaraan motosikal yang sedang popular dan mempertingkatkan kadar jualan Tech-Air iaitu pakaian menunggang yang dilengkapi dengan sistem perlindungan beg udara.

Hadir memeriahkan majlis pelancaran pada hari itu ialah Pengarah Urusan, En. Lee Thiam Chai, Pengurus Pemasaran, En. Andy Lee Thiam Hock dan Pengurus Pembangunan Pengedar Alpinestars, En. Francesco Venier. RR

Isu Pada

Oktober 2016

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).