Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 5 Januari 2021

Yamaha Yard Built 2020 - XR9 Carbona oleh Bottpower

Sememangnya menjadi impian para pencinta jentera kustom di seluruh dunia untuk merekacipta motosikal mereka sendiri yang memiliki ciri-ciri peribadi yang cukup unik. Pihak Yamaha sentiasa berusaha untuk memberi peluang buat para pencipta memberikan idea dan inspirasi bagaimana mengubahsuai model Yamaha moden menjadi yang kami sebuah jentera istimewa 'Yard Built'.

Falsafah di sebalik program Yard Built Yamaha ini adalah untuk menunjukkan apa yang mungkin dilakukan oleh seseorang yang memiliki kreativiti untuk diterjemahkan kepada jentera produksi standard. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, beberapa karya roda dua yang luar biasa telah muncul dari bengkel di seluruh Eropah. Terkini, model XR9 Carbona oleh Bottpower merupakan salah satu Yamaha Yard Built istimewa yang paling radikal pernah dilahirkan.

Ringkas, agresif dan ringan! XR9 Carbona direka untuk memberikan prestasi tinggi di pelbagai jenis jalanan termasuklah di laluan berselekoh dan mencabar yang membuatkan adrenalin setiap penunggang mengalir. Bottpower Special mula mencipta nama selepas memenangi dua kategori di Pikes Peak International Hill Climb yang ikonik di Colorado, Amerika Syarikat. Ia adalah salah satu perlumbaan tertua dan paling terkenal di dunia yang dijalankan di jalan raya sejauh 19.99km dengan 156 selekoh di laluan berketinggian 1,440 meter.

“Model XR9 Carbona adalah inspirasi kejayaan di Pikes Peak. Tujuan utama kami ialah untuk menghasilkan sebuah motosikal yang cantik, nampak cool dan laju. Ia disempurnakan dengan casis yang kompak, enjin CP3 berprestasi tinggi merupakan 'jantung' yang membuatkan jentera ini mantap untuk tunggangan pantas dan mencabar. Kami juga ingin membangunkan kit 'plug & play' yang membolehkan sesiapa sahaja pemilik Yamaha XSR900 mengubah motosikal pada bila- bila masa,” kata Pengurus Bottpower, David Sanchez.

“Menerusi pengalaman luas dengan komposit dan percetakan 3D, kami memperkenalkan elemen Siri-R Yamaha seperti lampu utama tersembunyi untuk mewujudkan perasaan jentera perlumbaan,” jelas Pereka Kanan Bottpower, Hugo van Waaijen. Kebanyakan pembina Yamaha Yard Built hanya membuat pengubahsuaian secara 'one-off' tetapi dengan Bottpower Carbona XR9, ia dapat dilakukan tanpa menyentuh bahagian casis. Kit pengubahsuaian XR9 ini termasuklah pelindung tangki, pelana gentian karbon, set lampu belakang, tempat nombor pendaftaran, lampu posisi LED, pelindung radiator lengkap dengan winglet , belly pan dan pelindung sproket. RR

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Artikel berkaitan

MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Benelli Panarea 125 Tampil Dengan 4 Warna Baharu

Yamaha YZF-R9 Bakal Masuk Pasaran Negara Tidak Lama lagi?

Royal Enfield Sambut Ulang Tahun ke-125

Keeway Recall 5,000 Unit XDV180 Evo

Program Penggantian Muffler QJMOTOR AX200S Diteruskan

Marshal Moto Bakal Masuk Pasaran Negara

KARNIVAL GENBLU YAMAHA 2026

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Helmi Juara CP150 di Terengganu

Tahniah buat pelumba TAB SPORTS SCK HONDA RACING iaitu Md Helmi Azman menjuarai siangan CP150 Pusingan 5.

Dari Litar

Bezzecchi Terpantas di Aragon

Marco Bezzecchi mencatat keputusan masa terpantas pada sesi latihan hari Jumaat di Aragon.

Brixton Moucca 250 & ARIIC TOUCH 250 Sudah Berada di Pasaran

Skuter gaya retro, Brixton Moucca 250 dan skuter maksi moden,, ARIIC TOUCH 250 kini telah rasmi berada di pasaran negara.

Dari Litar

Qayyim Raih Kemenangan Berganda, Qabil Lengkapkan Kedudukan di Podium

Dua pelumba Malaysia raih podium berganda di pusingan kedua Idemitsu Moto4 Asia Cup.