Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 3 November 2020

KTNS CFMOTO Bersantai Di Tanjung Malim

Pada September lalu, seramai 45 peserta telah menyertai satu konvoi anjuran KTNS Holdings Sdn Bhd dari 19 September – 20 September 2020. Penganjuran ini khususnya buat para pemilik jentera KTNS dan CFMOTO. Pelbagai jenis model yang ada antaranya ialah KTNS RS3, CFMOTO 250SR, CFMOTO 250NK, CFMOTO 650MT dan CFMOTO 650GT. Tujuan acara ini adalah untuk menghargai para pelanggannya serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim buat para peserta dan berkongsi cerita tentang dunia permotoran.

Kebanyakan peserta yang hadir rata-ratanya dari Semenanjung. Namun begitu, ada juga peserta dari Sarawak iaitu En. Ismail yang tidak melepaskan peluang untuk ikut serta acara yang diadakan ini. Pihak KTNS telah memilih Teratak Bernam Riverview, Tanjung Malim sebagai destinasi buat peserta untuk berehat dan bersantai. Turut hadir memeriahkan suasana ialah En. Alan Lee, Pengurus Besar KTNS Holdings Sdn Bhd.

“Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat mereka yang sanggup hadir dari jauh mahupun dekat untuk menjayakan konvoi ini. Walaupun kita masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), pihak KTNS sentiasa akan mengutamakan dari segi aspek keselamatan. Para peserta akan mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan.,” kata En. Alan Lee.

Plaza tol Tanjung Malim merupakan tempat berkumpul buat para peserta. Cuaca pun sudah semakin panas, masih terdapat beberapa peserta dalam perjalanan. Untuk menjimatkan masa, rakan-rakan yang sudah sampai mengambil peluang bergerak dahulu untuk mencari tempat berteduh sementara menunggu peserta lain. Selepas semuanya dapat dikumpulkan, konvoi meneruskan perjalanan ke Medan Selera berhadapan balai polis Tanjung Malim untuk berehat dan makan tengahari.

Bergambar kenangan di jambatan gantung.
Bergambar kenangan di jambatan gantung.
Yeay... seronoknya dapat mandi sungai.
Yeay... seronoknya dapat mandi sungai.
Inilah peluang untuk berseronok bersama rakan-rakan.
Inilah peluang untuk berseronok bersama rakan-rakan.

Konvoi mula bergerak meninggalkan pekan Tanjung Malim ke destinasi seterusnya yang dianggarkan dalam lima kilometer lagi untuk sampai. Perjalanan cukup lancar, kemas dan teratur dalam keadaan cuaca yang baik sekali. Konvoi mula memasuki kawasan kampung. Ruang jalan untuk masuk ke dalam amatlah sempit. Pasti sukar buat kenderaan empat roda apabila berselisih dengan kenderaan yang lain. Bagi yang bermotosikal memang tiada masalah.

Selepas perjalanan selama 15 minit menunggang sambil menikmati suasana sungai dan pemandangan kehijauan, konvoi akhirnya tiba ke lokasi yang dituju. Ramai juga pengunjung yang hadir ke sini untuk mengisi masa lapang bersama seisi keluarga.

Laluan yang menghubungkan negeri Selangor & Perak di Teratak Bernam Riverview.
Laluan yang menghubungkan negeri Selangor & Perak di Teratak Bernam Riverview.

Info: Teratak Bernam Riverview adalah tempat penginapan berhadapan Sungai Bernam yang merupakan sempadan di antara negeri Selangor dan Perak. Tempat ini menyediakan pelbagai kemudahan seperti, chalet, asrama dan tempat untuk berkhemah. Terdapat juga kemudahan lain seperti dewan, surau dan macam-macam lagi. Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan seperti Flying Fox, Abseiling, Tubing, Water Confident, Jungle Trekking, Nightwalk dan Rentas Halangan dengan harga yang berpatutan. Teratak Bernam Riverview amat sesuai buat para pengunjung yang ingin menikmati pemandangan menarik dan suasana dingin bersama keluarga dan rakan-rakan.

Sebaik sahaja sampai, peserta diberikan bilik asrama untuk bermalam. Kemudian, masing-masing sudah tidak sabar untuk terjun ke dalam sungai. Namun ada juga yang mengambil peluang untuk berehat. Selepas puas bermandi-manda, ramai yang mula berasa lapar. Ada yang keluar untuk mencari makanan dan ada juga yang sabar menunggu sehingga makan malam.

En. Alan Lee menghiburkan para peserta dengan nyanyian lagu bertajuk Anak Kampung.
En. Alan Lee menghiburkan para peserta dengan nyanyian lagu bertajuk Anak Kampung.
Pasangan duet paling best, En. Zairy -kiri- bersama Sdr. Khairi.
Pasangan duet paling best, En. Zairy -kiri- bersama Sdr. Khairi.

Di sebelah malam, para peserta telah disajikan dengan pelbagai jenis lauk seperti sayur, ikan masak kicap, kari ayam dan kambing bakar. Memang sangat sedap! Ditambah pula dengan bau kambing bakar yang cukup menyelerakan. Apabila perut pun sudah kenyang inilah masanya untuk berhibur. Seramai 11 peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan karaoke. Pelbagai jenis hadiah yang ditawarkan. Suasana pada malam itu amat menghiburkan dengan nyanyian dan gelagat para peserta.

Tahniah buat Sdr Khairul yang dinobatkan sebagai juara pertandingan karaoke dengan jumlah undian yang paling tinggi. Sebelum bersurai, En. Alan Lee sempat menghiburkan para peserta dengan nyanyian lagu bertajuk Anak Kampung.

Juara pertandingan karaoke, Sdr Khairul -kiri-.
Juara pertandingan karaoke, Sdr Khairul -kiri-.

“Ini adalah kali pertama saya mengikuti konvoi bersama jentera CFMOTO 250NK. Dengan penganjuran konvoi seperti ini, saya dapat berkenalan dengan rakan-rakan baru. Ini juga masa yang terbaik untuk kita berkongsi cerita bersama mereka tentang pengalaman bermotosikal,” kata sdr Khairul dari Kuantan.

“Walaupun singkat, saya amat berpuas hati dapat menyertai konvoi ini bersama para pemilik jentera KTNS dan CFMOTO. Semangat bermotosikal juga amat penting. Ia dapat memupuk persaudaraan sesama peserta,” kata En Zairy pemilik jentera CFMOTO 650MT dari Bukit Sentosa, Rawang.

Keesokannya para peserta sudah mula mengemaskan barang masing-masing untuk berangkat pulang. Pada jam 8.30 pagi, peserta konvoi mula bersurai menuju ke destinasi masing-masing. Ada yang menyambung perjalanan ke tempat lain dan ada yang terus pulang ke rumah. Selamat jalan, semoga berjumpa lagi di lain masa. RR

Isu Pada

November 2020

Popular

  • Warta Roda

    GLOBAL: Haojue GSX500 - Kemas dan Cantik

  • Warta Roda

    Dua Gadis Meninggal Dunia Dirempuh Lelaki Disyaki Pengedar Dadah

  • Pandu Uji

    Clutchless....Stressless.. Honda CBR650R & CB650R E-Clutch Memang Best!

  • Dari Litar

    Ujian Rasmi Litar Aragon: Hasil Positif Untuk Pasukan Honda HRC Castrol

  • Dari Litar

    SAH! Juara WSBK, Toprak Razgatliolu Tanda Tangan Kontrak Dengan Yamaha

Artikel berkaitan

GLOBAL: Haojue GSX500 - Kemas dan Cantik

Dua Gadis Meninggal Dunia Dirempuh Lelaki Disyaki Pengedar Dadah

Kemalangan Dengan Sebuah Kereta, Penungang Motosikal Jatuh Gaung

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengesahkan seramai 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) maut dalam nahas kemalangan bas awal pagi tadi

15 Disahkan Maut, Bas Bawa Pelajar UPSI Kemalangan

Dua Pelajar Maut, Nahas Motosikal dan Kereta

Empat motosikal bergesel sesama sendiri, seorang maut

KOVE 625X Tampil Di 137th Canton Fair

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

15 Disahkan Maut, Bas Bawa Pelajar UPSI Kemalangan

Seramai 15 orang disahkan maut dalam nahas kemalangan sebuah bas dan kenderaan MPV di Gerik.

Dari Litar

JuniorGP: Hakim Danish Bangkit di Perlumbaan kedua

Pelumba muda Malaysia, Hakim Danish bangkit dalam perlumbaan kedua dengan menamatkan saingan di kedudukan lima teratas.

Warta Roda

KOVE 625X Tampil Di 137th Canton Fair

Pada Pameran Motosikal Canton ke-137, KOVE telah memperkenalkan beberapa model serba baru yang memiliki bukan sahaja rekabentuk yang menarik, tetapi juga spesifikasi yang mantap.

Dari Litar

Suzuki Bakal Beraksi di ARRC 2025 Pus. Kedua

Adam Norrodin bakal bersaing dalam saingan Idemitsu FIM Asia Road Racing Championship 2025 (ARRC) bersama pasukan AMI Suzuki Motorsport sebagai pelumba wildcard.