Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Disember 2016

Jentera Custom Malaysia Pertama Bersaing Di Jepun!

Beautiful Machines Sdn Bhd selaku syarikat pencipta jentera custom di Malaysia telah memulakan langkah pertama dengan menyertai pertandingan pengubahsuaian motosikal di 25th Annual Yokohama Hot Rod Custom Show 2016 pada 4hb Disember ini.

Jentera yang diberi nama 'Monster' merupakan sebuah Harley Davidson Heritage Softail 1993 yang telah mendapat sentuhan enam orang pencinta dunia custom yang diketuai oleh Rajay Singh,Eng Chin Guan, Mohd Azman, Azrine, Asep dan Muhammad Irwann. Mereka berjaya menghasilkan jentera ini dengan bermodal hampir RM250,000 dan memerlukan masa pembuatan sekitar enam bulan.

Hampir keseluruhan jentera ini telah diubahsuai agar kelihatan unik, garang dan menarik. Rekabentuk hadapannya unik dan aerodinamik dan dikemaskan dengan penggunaan lampu jentera Momos yang direka semula. Tangki dan pelananya dibuat menggunakan hanya sekeping plat besi yang kemudiannya dibentuk dengan teliti sekali. Kegagahan jentera ini juga datangnya daripada tayar belakang yang bersaiz mega!

'Monster' ini juga menawarkan kuasa yang hebat dengan penambahan sistem supercharge dan menurut mereka, jentera ini akan menyertai perlumbaan di Bonneville Speed Week pada tahun hadapan.

Acara tahunan, 25th Annual Yokohama Hot Rod Custom Show 2016 yang hanya akan diadakan sehari berjaya mengumpulkan pencinta dunia custom motosikal dan kereta dari seluruh dunia. Dianggarkan kira-kira 600 buah motosikal dan 300 buah kereta unik dan menarik akan bertanding dan dipamerkan di sana.

“Penyertaan kami adalah untuk mewakili Malaysia dan berharap ianya dapat memberi inspirasi kepada rakyat negara ini untuk meneruskan minat mereka terutama dalam industri kenderaan binaan khas,” komen Rajay yang juga pemilik 'Monster' ini. RR

Isu Pada

Disember 2016

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Artikel berkaitan

MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Benelli Panarea 125 Tampil Dengan 4 Warna Baharu

Yamaha YZF-R9 Bakal Masuk Pasaran Negara Tidak Lama lagi?

Royal Enfield Sambut Ulang Tahun ke-125

Keeway Recall 5,000 Unit XDV180 Evo

Program Penggantian Muffler QJMOTOR AX200S Diteruskan

Marshal Moto Bakal Masuk Pasaran Negara

KARNIVAL GENBLU YAMAHA 2026

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Yamaha XMAX 300 Tech Max Dilancarkan

HLYM secara rasminya perkenalkan skuter baharu iaitu XMAX Tech MAX.

Model Baru

Yamaha XSR155 Akhirnya Tiba di Malaysia - RM12,998

Yamaha XSR155 akhirnya tiba ke pasaran negara yang menampilkan gaya neo-retro.

Model Baru

Triumph Motorcycles Malaysia Perkenalkan TRACKER 400 & THRUXTON 400 Baharu

Triumph Motorcycles Malaysia memilih acara Art of Speed baru-baru untuk melancarkan dua model terbaru untuk tahun 2026 iaitu Triumph Tracker 400 dan Thruxton 400.

Model Baru

Aveta Vanguard 250 Limited Edition Dilancarkan - RM17,188

Aveta Motor Malaysia memperkukuhkan lagi barisan skuter kembara mereka menerusi pelancaran Aveta Vanguard 250 Edisi Terhad.