☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Disember 2016

Kebangkitan HONDA RACING Di Asia

Tahun 2016 jelas menunjukkan prestasi jentera dan pelumba Honda yang semakin meningkat. Ini dibuktikan dengan keupayaan para pelumba Honda Asia yang bersaing dalam kelas Moto2 dan Moto3. Nama Honda Asia telah diharumkan beberapa kali pada musim ini dengan kejayaan yang telah disumbangkan oleh para pelumba mereka seperti Takaaki Nakagami (Moto2), Ratthapark Wilairot (Moto2), Khairul Idham Pawi (Moto3) dan Hiroki Ono (Moto3).

Khairul Idham Pawi.
Khairul Idham Pawi.

Kebangkitan para pelumba ini bukanlah hadir sekelip mata tetapi dengan usaha gigih 'keluarga' Honda tanpa mengenal erti penat lelah. Sememangnya pencarian jagoan ini perlu dimulakan di peringkat akar umbi dan inilah yang ditekan oleh Honda selama ini.

Di Malaysia contohnya, antara program-program yang telah berjaya membentuk para pelumba hebat ini ialah Boon Siew Honda Racing School, Petronas Cub Prix, Asia Dream Cup, Malaysia Talent Cup, Asia Road Racing, CEV Repsol International Championship dan Suzuka Endurance Race. Program yang hampir sama turut dianjurkan oleh pihak Honda di Indonesia, Thailand dan Vietnam semata-mata untuk memperlihatkan pelumba Asia mampu ke peringkat lebih tinggi.

Hiroki Ono.
Hiroki Ono.

Tahun 2016 merupakan saat mula menampakkan hasilnya. Takaaki Nakagami telah muncul juara Moto2 pada perlumbaan di Litar Assen dan mendapat tempat ketiga di tiga lagi pusingan iaitu di Catalunya, Silverstone dan Misano. Pelumba Moto3, Khairul Idham Pawi pula berjaya menjuarai perlumbaan di Argentina dan di Jerman manakala Hiroki Ono mampu mendapatkan tempat keenam di Argentina dan sekali lagi di Itali.

Dengan pencapaian ini, Honda semakin bersemangat dan ghairah untuk terus memberi cabaran. Menurut En. Shinji Tanaka (Block Leader Honda Motor Co., Ltd. Motor Supports Division), perlumbaan Suzuka 8 Hours Endurance Race telah berjaya mempertingkatkan skil kemahiran para pelumba Honda dan pada tahun 2017, perlumbaan Asia Dream Cup dan Asia Talent Cup akan disatukan menjadi sebuah program serba baru yang lebih baik dan efisien.

Ratthapark Wilairot (14) dan Takaaki Nakagami (30) menunjukkan prestasi yang membanggakan dalam kelas Moto2.

Dengan objektif 'more shortcut to the world', para pelumba akan diberi pendedahan dan latihan menggunakan jentera Honda NSF250R, sebuah mesin asas persis yang digunakan di dalam World Championship dan CEV. Honda juga akan terus menganjurkan acara di setiap negara dengan menggunakan jentera Production 250cc atau 300cc.

“Kini, dunia perlumbaan di Asia semakin kukuh dan kami berharap, para pelumba Asia mampu memberi cabaran dalam setiap peringkat tertinggi di setiap kategori. Adalah satu impian untuk membawa Juara Asia ke Kejuaraan Dunia,” kata En. Shinji Tanaka. RR

Isu Pada

Disember 2016

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).