☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 16 Mac 2020

Rippley Relay Malaysia

Bagi mereka yang kurang kenal dengan Women Riders World Relay (WRWR), ia adalah acara bermotor (relay) pertama di dunia yang melibatkan 100 buah negara dengan penyertaan seramai 15,000 penunggang motosikal wanita. Acara ini diasaskan oleh seorang pencinta motosikal wanita dari UK, Hayley Bell yang mempunyai satu matlamat iaitu untuk menggalakkan wanita dan mencetus semangat dalam dunia permotoran.

Para peserta WRWR bergambar kenangan bersama En. Muizz Azli (kiri) dan Datuk Razlan Razali.


Idea berani ini adalah kerana ingin memartabatkan wanita sebagai penunggang motosikal seterusnya memberi kesedaran tentang kepentingan berpakaian lengkap dan berkualiti tinggi semasa menunggang. Dengan 'suara' penunggang wanita yang kini lebih gagah, para pengedar dan pengeluar pakaian menunggang akan lebih fokus dalam pembikinan produk keselamatan khusus untuk wanita.

Ms. Tina memberikan cenderahati istimewa buat Tan Sri Mokhzani Mahathir.
Ms. Tina memberikan cenderahati istimewa buat Tan Sri Mokhzani Mahathir.


Di Malaysia, acara WRWR mendapat sokongan penuh daripada GIVI Asia manakala tugas menyebarkan info tentang tujuan ini pula digalas oleh Duta WRWR iaitu Ms. Tina Sharman yang juga merupakan seorangpenunggang Harley-Davidson. Pn. Tina dibantu oleh committee WRWR Malaysia yang terdiri daripada Ms, Kartina, Ms Sumaizita, Ms. Azi, Ms. Sue, Ms. Norcilla, Ms. Natt, Ms. Yus dan Ms. Corrinne yang telah mengerahkan seluruh tenaga untuk mempromosikan acara ini. Tahniah buat mereka kerana WRWR telah mendapat sambutan yang hebat daripada para penunggang wanita dari seluruh negara termasuk Brunei dan Indonesia.

WRWR telah membuktikan bahawa mereka dapat mengumpul para penunggang wanita di Malaysia tanpa mengira jenis motosikal dan saiz enjin. Menerusi acara ini, baton khas WRWR dibawa ke seluruh negara sejak 27 April 2019 sehingga 6 Disember 2019 oleh beberapa kelab terlibat seperti Ladies of H-D Malaysia, Desmo Owners Club Malaysia, Bikes & Roses, Momxys MG, Queen Riders Malaysia, Lady Bikers Johor, Malacca Lady Bikerz, Bad Girls Throttle, GIVIBella, Throttle Riot, UniCon Bikers, Pulas Throttle dan Kawasaki Lady Bikers.

Ratusan para penunggang wanita berpeluang menunggang di SIC dengan jentera masing-masing.
Ratusan para penunggang wanita berpeluang menunggang di SIC dengan jentera masing-masing.


Selepas sembilan bulan menjelajah, acara WRWR telah ditamatkan dengan penuh bersejarah dan tahniah buat srikandi-srikandi permotoran atas kejayaan itu. Untuk meraikannya, satu majlis penutup telah diadakan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 11 Januari 2020. Lebih mengagumkan, majlis tersebut telah dimeriahkan dengan kehadiran Pengerusi SIC, Tan Sri Dato' Mokhzani bin Mahathir.

Dato' Mokhzani meluahkan rasa bangga terhadap kesungguhan yang ditunjukkan oleh para penunggang wanita dalam usaha menyuarakan kehadiran mereka dalam dunia permotoran yang selama ini didominasi oleh kaum adam.

Selain dapat bertemu dengan rakan-rakan seperjuangan, para peserta WRWR yang hadir pada hari itu turut menyertai Bike Parade yang cukup istimewa iaitu mengelilingi litar terkemuka dunia (SIC) sebanyak dua lap. Sememangnya ia adalah satu pengalaman manis buat kira-kira 300 orang peserta membawa jentera masing-masing di SIC. Majlis pada hari itu ditamatkan dengan acara cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik.


WRWR Finale Celebration 2020 diadakan di London pada 15 Februari ini dan dijangka mendapat kunjungan daripada ribuan penunggang wanita dari 50 buah negara. Committee WRWR Malaysia turut terbang ke sana mewakili negara. RR

Isu Pada

Februari 2020

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).