☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 20 Mei 2021

Ingat tak Kawasaki K1, Honey, AXM 100..atau MAX 100?

Bagi peminat Kawasaki, mungkin sudah biasa dengan jentera-jentera berkuasa tinggi seperi Ninja 250, GTR1400, H2, Z1000, ZX10R, Z400 SE, W800, Versys dan lain-lain. Antara model yang berkapasiti sederhana yang masih dapat serta boleh dilihat di jalanan hingga ke saat ialah KIPS 150, KRR150, Z125 Pro dan yang terkecil KSR110.

Sebelum datangnya Yamaha 135LC, 'YSuku', Honda RS150R atau SYM VF3i 185, ingat tak lagi anda pada model-model moped keluaran Kawasaki yang pernah popular di negara kita? Antara model paling padu tentulah Kawasaki K1 yang diperkenalkan pada tahun 1993 dan RR juga pernah menunggang uji model mantap ini (boleh dapati RR September 1993) dan memang cukup puas hati dengan prestasinya ketika itu.

Ketika dilancarkan, Kawasaki K1 ditawarkan pada harga RM4,412 (tahun 1993) termasuk harga insurans untuk setahun dan cukai jalan untuk 6 bulan. Terdapat tiga pilihan warna iaitu Candy Red, Special Black dan Metallic Sonic Blue. Kawasaki K1 didatangkan dengan enjin 115cc, 2 lejang, silinder tunggal yang memiliki hantaran kuasa 14.3Ps pada 8,000rpm. Kemantapan jentera ini membolehkannya digunakan dalam saingan cub prix.

Antara ciri menarik model K1 ini ialah:

  • Sistem karburetor: Mikuni VM 18SS
  • Transmisi: 5 kelajuan
  • Tangki: 4.3 liter
  • Brek hadapan: cakera tunggal hidraulik
  • Saspensi hadapan: fork teleskopik
  • Sistem nyalaan: Magneto Cdi

Terdapat juga beberapa model moped lain dari Kawasaki yang mendapat kepercayaan pengguna jalan raya. Ia adalah Kawasaki Honey, MAX 100 dan AXM 100. Model-model ini bukan sahaja praktikal, tetapi juga tahan lasak sehingga ia digunakan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia dan Pos Malaysia.

Kawasaki Honey
Kawasaki Honey
Kawasaki Honey
Kawasaki Honey

Kawasaki MAX 100 dilengkapkan dengan enjin 95cc, empat lejang, OHC, berkuasa 5.8kW pada 9,000rpm dan bertransmisi 4 kelajuan. Jentera seberat 70kg ini memiliki tangki bahan api sebesar 4.4 liter dan dikawalkan oleh tayar-tayar bersaiz 2.25 x 17 4PR (depan) dan 2.50 x 17 4PR.

Model AXM 100 pula memilliki rupa wajah dan spesifikasi yang hampir sama dengan MAX 100. Antara perbezaan di antara kedua-dua model ini ialah pada beratnya. AXM 100 dicatatkan 7kg lebih berat daripada MAX 100 dan juga pada hantaran kuasanya. Kuasa maksima untuk kedua-duanya berbeza. AXM 100 dicatatkan 8.4 ps pada 9,000rpm manakala untuk model MAX 100 ialah 7.8ps pada 9,000rpm.

Kawasaki  AXM 100
Kawasaki AXM 100

Kawasaki Honey atau AN90E pula tampak lebih bergaya dan menarik dengan lampu utama jenis petak yang bersepadu dengan lampu isyarat. Panel meternya lengkap dengan penunjuk gear dan paling best, terdapat ruang penyimpan barang kecil di depan.

Model ini bersesaran 95cc, 4 lejang, SOHC yang berkuasa 8.4ps pada 9,000rpm dan tork 0.87kg-m pada 6,000rpm. Ketika mula-mula dilancarkan, ia hadir dalam tiga warna iaitu Biru, Merah dan Maroon.

Tahniah buat rakan-rakan pencinta motosikal lama ini yang masih menyimpan Kawasaki K1, AXM 100 atau MAX 100 dengan baik. Atas inisiatif pemilik-pemilik jentera ini, ruangan laman sosial seperti Kelab Kawasaki K1 Malaysia turut ditubuhkan. Memang masih ramai yang memiliki dan membaik pulih motosikal ini kembali seperti asal. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.