☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Mei 2015

KTM Malaysia CKD Ke Songkhla, Thailand

Untuk menghargai sokongan yang diberikan selama ini, KTM Malaysia CKD telah menganjurkan ekspedisi ke Songkhla, Thailand pada akhir bulan Januari lalu. Program menarik ini telah berjaya mengumpulkan hampir 200 orang peserta terdiri daripada pemilik 200 Duke, 390 Duke dan 690 Duke yang hadir dari seluruh negara.

Seawal jam 7.00 pagi para peserta telah mula berdaftar di kilang KTM Malaysia CKD. Lebih kurang jam 11.00 pagi, Pengerusi KTM Malaysia CKD, Dato’ Seri Syed Badlishah Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail telah melepaskan perjalanan bersejarah buat KTM ini. Dengan bantuan para marshal bertugas dan pengalaman para peserta, konvoi bergerak dengan kemas, teratur dan lancar. Selepas melepasi sempadan Malaysia/Thailand, para peserta berhenti seketika di Sadao untuk berkumpul semula. Perjalanan dari Sadao ke Songkhla sememangnya lebih mengujakan apabila diiringi oleh pihak polis tempatan.

Kami tiba di Hotel California, Hat Yai lebih kurang jam 2.00 petang dan terus ke bilik masing-masing untuk berehat. Terima kasih kepada kakitangan KTM Hat Yai yang menguruskan segala proses di hotel dan acara dengan cemerlang sekali. Di sebelah petang, kami dibawa ke lokasi terkenal, Pasar Terapung atau Floating Market yang jaraknya sekitar 30 minit perjalanan. Inilah masa terbaik buat para Dukers (pemilik Duke) untuk membeli cenderahati dan menikmati makanan asli yang tidak terdapat di Malaysia. Dukers mengambil masa lebih kurang dua jam di sini sebelum pulang ke hotel.

Hari Kedua: Para peserta berkumpul di lobi seawal jam 8.00 pagi untuk berkonvoi ke Songkhla Bike Week. Perjalanan di awal pagi memang cukup menyeronokkan dan mengambil masa lebih kurang setengah jam untuk tiba. KTM Malaysia CKD dan para pemilik motosikal dari Thailand telah berkerjasama untuk menjalankan aktiviti Charity Ride. Walaupun mengambil masa hampir lima jam, sememangnya ia adalah acara yang sangat menyeronokkan dan memberikan kenangan indah buat Dukers dan pencinta motosikal di Thailand.

Konvoi singgah di hospital untuk menyampaikan sumbangan dan majlis pada hari itu diserikan lagi dengan kehadiran Pegawai Daerah Songkhla. Selepas menikmati juadah tengahari, KTM Malaysia CKD bersama-sama para penunggang motosikal yang hadir meraikan upacara pembukaan rasmi Songkhla Bike Week yang diadakan secara simbolik iaitu dengan melepaskan ribuan ekor ikan ke tasik berdekatan.

Dari lokasi perasmian, Dukers kembali ke tapak pesta tetapi kali ini dengan menaiki feri untuk memberikan pengalaman yang unik dan menarik. Kesempatan ini diambil sebaik-baiknya oleh Dukers untuk menikmati setiap saat di negara ini. Ada yang mengambil gambar kenangan dan ada juga yang sekadar berehat sambil melihat keindahan alam. Tepat jam 7.00 malam, upacara Gala Night pun bermula dan merupakan acara yang cukup gilang gemilang dengan alunan muzik, pertunjukan kebudayaan dan bunga api. Seramai 500 orang penunggang motosikal berkumpul pada malam itu untuk meraikannya.

Hari Ketiga: Dukers kembali berkumpul di lobi untuk kembali ke tanahair selepas dua hari berada di Songkhla. Segala pengalaman manis sewaktu menunggang bersama dan di acara Bike Week ini pastinya tidak akan dapat dilupakan. RR

- Adam Kasim.

Isu Pada

Mei 2015

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.