☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 17 Jun 2021

MV Agusta Cuba Rentas Eropah Dalam Masa 24 jam dengan Turismo Veloce

MV Agusta kini sedang membuat persediaan rapi untuk melakukan percubaan merentas negara-negara Eropah sebanyak mungkin dalam masa 24 jam. Perjalanan yang akan dilakukan oleh seorang wartawan Itali, Valerio Boni ini akan bermula di Malmo, Sweden dan akan tamat di ibu pejabat MV Agusta, Schiranna, Itali.

Rekacorak jentera Turismo Veloce Lusso SCS yang akan digunakan dalam cabaran ini.
Rekacorak jentera Turismo Veloce Lusso SCS yang akan digunakan dalam cabaran ini.

Pengembaraan penuh cabaran ini akan bermula pada 20 Jun nanti dan dijangkakan meliputi jarak sekitar 2,000 kilometer. Valerio akan melalui beberapa buah negara seperti Sweden, Denmark, Jerman, Netherlands, Belgium, Luxembourg, Perancis, Switzerland, Austria, Liechtenstein dan semestinya, Itali. Ia adalah satu ujian buat penunggang dan jentera tunggangannya, MV Agusta Turismo Veloce Lusso SCS.

Valerio Boni bersedia untuk menyahut cabaran.
Valerio Boni bersedia untuk menyahut cabaran.

Nama acara ini, “TVEE” atau Turismo Veloce Europe Endurance diinspirasikan oleh Trans Europe Express (TEE) iaitu perkhidmatan keretapi lagenda di Eropah yang beroperasi dari tahun 1957 hingga 1991. Ketika itu ia adalah cara terpantas dan bergaya untuk mengunjungi serta merentasi benua Eropah sebelum terciptanya kenderaan berkelajuan tinggi.

Valerio turut menyasarkan untuk mendapatkan sijil pengiktirafan SaddleSore 1600K dan SaddleSore 2000K daripada Iron Butt Association. Untuk dapatkan sijil perakuan itu, seseorang penunggang perlu menyempurnakan perjalanan untuk jarak 1,600 kilometer dan 2,000 kilometer dalam masa kurang dari 24 jam. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.