☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 18 Mac 2020

Honda Wave Alpha Lebih Ranggi!

Dengan bangganya, Boon Siew Honda memperkenalkan model popular iaitu Honda Wave Alpha baru yang kini hadir dengan rekacorak moden dan jalur grafik yang cukup menarik. Model baru ini disempurnakan dengan lampu isyarat yang bersepadu dengan pelindung depan untuk lebih aerodinamik dan lebih bergaya.

Selain rupawajah yang kini lebih segar dan mantap, Honda Wave Alpha ini turut mementingkan keselesaan pembonceng dengan pemegang belakang bersalut getah. Keistimewaan ini hanya terdapat pada varian roda bertempa. Jentera ini telah sinonim dengan ketahanan enjin, harga mampu milik dan kuasa enjin yang mantap. Enjin satu silindernya menjanakan kuasa 6.14kW pada 7,500rpm dan tork 8.42Nm pada 5,500rpm.

Turut menjadikan model ini terus dipercayai ialah tahap penjimatan bahan api (tangki bersaiz 3.7 liter), ruang barang bawah pelana, sistem penghidup elektrik/tendang dan amat mudah diselenggara. Dengan sentuhan baru ini, ia pastinya akan menarik minat para pencinta motosikal untuk melihat dengan lebih dekat dan memilikinya.

Honda Wave Alpha hadir dalam tiga pilihan warna iaitu Vivacity Red, Pearl Nightfall Blue dan Clipper Yellow. Selain itu, model ini juga ditawarkan dalam dua varian iaitu rim bertempa (RM4,589) atau model rim berjejari pada harga RM4,339. Untuk maklumat lanjut, kunjungi pusat pengedar Honda atau telefon talian bebas tol, 1800-88-3993 atau layari www.boonsiewhonda.com.my. RR

Isu Pada

Januari 2020

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).