Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 18 Mac 2020

Para Pengedar FKR Diraikan di Maghribi & China

Sebagai penghargaan di atas kerjasama dan sokongan yang diberikan selama ini, FKR Marketing Sdn Bhd telah meraikan para pengedar terpilihnya dengan penganjuran dua buah lawatan iaitu ke Maghribi dan Guizhou, China pada tahun 2019.

Pada penghujung September lalu, sekumpulan tetamu yang terdiri daripada para pengedar terpilih FKR telah berkunjung ke sebuah negara di Afrika Utara yang terletak di pinggiran Lautan Atlantik iaitu Maghribi atau turut dikenali dengan nama Morocco. Percutian tersebut lebih menyeronokkan apabila turut disertai oleh Pengarah Urusan FKR Marketing Sdn Bhd, En. Pornpoj Swadwan dan Pengurus Besar FKR Marketing Sdn Bhd, En. Lee Yew Wah.

Antara destinasi awal yang dikunjungi ialah Ouarzazate, sebuah bandar imperial yang kedua tertua selepas Fas. Bandar tersebut diasaskan oleh pemerintah dinasti Almoravid pada abad ke-11 dan turut terkenal dengan panggilan 'The Pearl of the South'. Antara tempat bersejarah di bandar itu ialah Masjid Koutoubia, Taman Menara dan Istana Bahia. Para tetamu turut dibawa melawat Djemaa EI Fna Square dan kemudiannya ke laluan setinggi 2,260 meter untuk melihat keunikan landskap di Tizi' nTichka.

Pada hari ketiga, program diteruskan ke 'The Great Kasbah' yang dibina pada abad ke-17. Bandar ini terkenal dengan hasil kraftangan yang menarik serta rekabentuk bangunannya yang unik. Untuk melihat corak kehidupan dan keluasan padang pasir, para pengedar FKR berkunjung pula ke Erfoud. Ia merupakan sebuah bandar terkenal yang seringkali dipilih untuk dijadikan lokasi perfileman. Para tetamu tidak melepaskan peluang mengunjungi Todgha Gorges, sebuah ngarai sedalam 300 meter yang memiliki pemandangan cukup mengagumkan.

Hari berikutnya, para tetamu FKR dibawa ke Fez. Semasa dalam perjalanan, mereka sempat melalui sebuah bandar bernama Ifrane yang memiliki gaya rekaan seperti di Switzerland. Fez merupakan sebuah bandar yang mempunyai sejarah peradaban Islam yang cukup cantik dan unik. Antara tempat menarik di Fez ialah Bab Boujloud, Mellah, Mulay Idriss II Shrine, Pasar Rempah, Nejjarine Fontain dan pusat perniagaan kulit.

Para VVIP dan pengedar FKR kemudiannya berkunjung ke Chefchaouen. Ia adalah sebuah bandar yang terletak di pergunungan Rif dan menawarkan pemandangan yang cukup mengagumkan. Rumah-rumah di sini berwarna putih dengan pintu-pintu berwarna biru dan ia juga terkenal seperti bayangan kota Madinah.

Hari keenam telah memberi peluang buat para tetamu untuk melawat pasar tempatan di Chefchaouen yang menawarkan pakaian-pakaian tradisional yang cantik-cantik. Dari situ, perjalanan diteruskan ke Rabat yang merupakan destinasi terakhir lawatan di Morocco.

Rabat terkenal sebagai Bandar Kesultanan, ia memiliki sebuah menara yang dikenali dengan nama Hassan's Tower yang berketinggian 44m. Ia adalah sebuah monumen terkenal dan terpenting di negara ini kerana di situlah juga terletaknya makam pengasas negara Maghribi yang Merdeka, Raja Mohamed V. Pada hari yang sama, lawatan diteruskan ke Masjid Raja Hassan II yang mempunyai menara tertinggi di dunia dan akhirnya tiba ke destinasi terakhir, Casablanca untuk beberapa program sampingan sebelum bertolak pulang ke Malaysia keesokan harinya.

Lawatan ke China bermula pada 4hb November 2019. Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), para pengedar yang terpilih beserta dua orang Pengurus Cawangan FKR iaitu En. Dick Ong dan En. Cheah Ban Foo terus ke Guiyang yang merupakan ibu kota bagi Guizhou. Guiyang juga dikenali dengan nama 'Sprint City' dan merupakan destinasi pelancongan yang ideal pada musim panas. Ini kerana kedinginan cuaca di sini yang menyegarkan.

Pada hari kedua, para tetamu dibawa ke Huangguoshu Waterfall yang merupakan air terjun terbesar di Asia. Air terjun yang mempunyai ketinggian 74m dan berkelebaran 81m itu menawarkan pemandangan yang menakjubkan, tidak hairanlah mengapa ia menjadi tumpuan para pelancong dari merata tempat. Selain menikmati kesegaran airnya, para pengunjung turut berpeluang melawat kawasan gua yang sungguh unik sekali.

Daripada sudut gua berbentuk water-curtain, para pengunjung dapat menyaksikan pembentukan pelangi yang cukup indah. Ini adalah sebab utamanya tempat ini mendapat gelaran 'World Most Magical Waterfall'.

Dari situ, percutian diteruskan ke Tian Xing Qiao Scenic Area yang terletak kira-kira 6km dari Huangguoshu Waterfall. Keunikan tempat ini ialah pada gua Karstnya yang terbentuk daripada pelarutan batu-batu seperti batu kapur, dolomit dan gipsum. Tempat ini turut terkenal di kalangan para pelancog menerusi landskap menghijau dan tasik-tasik berbentuk loket yang sangat cantik.

Para tetamu terus 'dihidangkan' dengan pemandangan alam semula jadi yang indah dan mendamaikan jiwa.

Hari ketiga bermula di Wanfenglin, sebuah destinasi yang menempatkan ribuan gunung-gunung kecil hijau berbentuk kon. Tempat ini terkenal dengan nama 'Cone Karst Museum' dan ia tersenarai di antara lima hutan puncak tercantik di China. Aktiviti yang dijalankan di kawasan ini ialah dengan menaiki bot khas mengelilingi kawasan tasik.

Tempatnya digelar 'Earth's Most Beautiful Scar' atau Malinghe Canyon. Pemandangan di sini lebih unik dengan gua-gua yang lebih dalam, barisan air terjun mega dan macam-macam lagi. Destinasi seterusnya ialah ke Longgong Scenic Area – gua air terpanjang dan tercantik di China. Di sini juga terletaknya Gua Guanyin, gua terbesar di China turut menjanjikan pemandangan alam yang cukup menakjubkan. Jujurnya, segala kepenatan bagaikan hilang sekelip mata apabila melihat alam yang seindah itu.

Apabila mengunjungi tempat-tempat yang cantik, masa bergerak terlalu pantas dan para tetamu dan VIP FKR pulang ke Kuala Lumpur pada 9hb November 2019. RR

Isu Pada

Januari 2020

Popular

  • Warta Roda

    WMOTO Griffin 205 Sudah Berada di Pusat Pengedar Mforce Smartshop

  • Warta Roda

    Art of Speed 2026: 15 Tahun Menyatukan Jiwa Kustom

  • Warta Roda

    Honda ADV160 Edisi Terhad Versi Spider-Man Dilancarkan - Bermula RM14,149

  • Berita Kelab

    Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

  • Dari Litar

    Hakim Danish Kutip Mata Berharga Walaupun Berdepan Cabaran di Sachsenring

Artikel berkaitan

WMOTO Griffin 205 Sudah Berada di Pusat Pengedar Mforce Smartshop

Art of Speed 2026: 15 Tahun Menyatukan Jiwa Kustom

Honda ADV160 Edisi Terhad Versi Spider-Man Dilancarkan - Bermula RM14,149

Sprinta Ladies Satukan Komuniti Lady Bikers di Malaysia

Empat Penunggang Maut Dalam Kemalangan Membabitkan Motosikal Dan Kereta

MODENAS & GIATMARA Bekerjasama Dengan Melancarkan Pusat Servis Motosikal Elektrik

Advenduro-X Meriahkan Moto Test Fest 2026

Yamaha Y15ZR 2026 Bagi Varian Standard & SE Terima Warna Baharu

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Hakim Danish Mahu Kekalkan Momentum di GP Jerman

Hakim Danish Ramli mahu meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Moto3 apabila mengharungi cabaran Pusingan 11 GP Jerman.

Warta Roda

Yamaha Y15ZR 2026 Bagi Varian Standard & SE Terima Warna Baharu

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan pilihan warna baharu bagi Yamaha Y15ZR yang menawarkan penampilan lebih segar .

Dari Litar

Yamaha Jadi Pembekal Tunggal Moto3 Bermula 2028

Yamaha Motor Co., Ltd. jadi pembekal tunggal motosikal bagi Kejuaraan Dunia FIM Moto3 bermula musim 2028 hingga 2033.

Warta Roda

Mforce Smartshop Pertama Perak Dirasmikan

Sekalung tahniah buat Sin Lean Huat Trading Sdn Bhd yang kini dengan rasminya merupakan cawangan pengedar rasmi Mforce Smartshop yang pertama di negeri Perak.