☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 17 Januari 2022

Ducati Capai Nilai Pasaran Tertinggi Dengan Penjualan Global 59,447 unit - Terbaik Dalam Masa 95 Tahun.

Pengeluar motosikal Itali, Ducati mengakhiri tahun 2021 dengan rekod penjualan sebanyak 59,447 unit di seluruh dunia seterusnya menjadikan 2021 adalah tahun terbaik buat jenama ini. Rekod penjualan seluruh dunia telah meningkat sebanyak 24% berbanding 2020 dan + 12% berbanding tahun 2019.

Pertumbuhan sebanyak dua angka hampir di semua negara utama termasuk Amerika Syarikat (meraih tempat teratas pasaran), manakala di Australia pula merekodkan peningkatan setinggi 50% berbanding 2020.

Itali di tempat kedua dengan +23% berbanding 2020 manakala di Jerman +11%. Pasaran China juga menunjukkan langkah positif dengan penambahan jualan sebanyak 21% atau 4,901 unit dijual. Multistrada V4 ialah motosikal terlaris dan paling popular untuk Ducatisti pada tahun 2021 dengan 9,957 unit berjaya dijual atau peningkatan sebanyak 32% berbanding 2020.

Rangkaian 2022 sudah pun mendapat pujian daripada para peminat dan ini dibuktikan menerusi portfolio pesanan dan tempahan awal tahun tertinggi pernah dicatatkan.

"Tahun 2021 adalah cukup istimewa dan ajaib buat Ducati. Kami berjaya menghantar lebih 59,000 motosikal kepada para pemiliknya dan ia adalah jumlah yang tidak pernah dicapai sejak 95 tahun dalam sejarah syarikat. Kami juga memenangi gelaran Juara Dunia Pengeluar MotoGP untuk tahun kedua berturut-turut, dan Ducati telah memulakan era elektrik menerusi jentera prototaip V21L. Model ini dijangkakan akan berlumba dalam kejuaraan MotoE mulai 2023. Nilai utama dan terpenting buat Ducati ialah Gaya, Kemodenan, Prestasi dan Kepercayaan – ternyata sangat tepat,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Ducati, Claudio Domenicali.

Untuk tahun 2022, Ducati memperkenalkan beberapa model terbaru yang terdiri daripada pelbagai segmen iaitu Hypermotard, Multistrada, Panigale, Diavel, Desert X dan model-model dengan enjin versi 35kW. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).