☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 18 Mac 2020

Sesi Perlepasan Global Dream Ride 2 & Konvoi ke KLIA

Sekali lagi sejarah bakal tercipta buat penunggang wanita pertama Malaysia yang mengelilingi dunia iaitu Anita Yusof yang juga merupakan Duta GIVI telah memulakan pengembaraannya yang diberi nama sebagai 'Global Dream Ride' untuk kali kedua. GIVI Asia Sdn Bhd telah mengadakan sesi pelepasan Global Dream Ride 2 (GDR2) dan konvoi ke KLIA pada 1 Disember lalu di kilang GIVI, Bukit Beruntung. Sesi perlepasan pada hari tersebut telah disempurnakan oleh Mr. On Hai Swee, Pengarah Urusan GIVI Asia bersama Datin Seri Paduka Marina Mahathir.

Melalui Global Dream Ride pertama pada tahun 2016, Anita telah berjaya merentasi empat benua dan 40 buah Negara sebelum menamatkan pengembarannya di Bukit Kayu Hitam, Kedah. Pada kali ini, beliau yang menunggang jentera Yamaha FZ150i akan merentasi sebanyak 70 buah negara di tujuh benua. Perjalanan beliau bermula di Cape Town, Afrika Selatan kemudian akan ke Arab Saudi – Eropah - Amerika Utara – Amerika Selatan – Antartika– Australia dan akan pulang ke Malaysia melalui Indonesia.

Pada hari pelepasan, terdapat beberapa ahli kumpulan permotoran dari GIVIBELLA, Lanun Bikers dan lain-lain turut hadir bersama-sama untuk memberikan semangat kepada Anita Yusof serta berkonvoi mengiringi beliau ke KLIA. RR

Isu Pada

Januari 2020

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.