☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 1 Mei 2022

Enduroland Adventure Penang

Enduroland Adventure Penang telah ditubuhkan pada bulan Mei 2019 oleh rakan-rakan rider yang telah beberapa kali menyertai acara motosikal lasak seperti RIMBA RAID, GS Trophy Challenge yang dianjurkan oleh BMW Malaysia. Tujuan penubuhannya adalah untuk mengadakan aktiviti lasak/off-road, mengendalikan program asas latihan dan mengelola acara yang berkaitan dengan motosikal jenis adventure.

Enduroland Adventure Penang disertai lebih kurang 30 ahli yang terdiri daripada para peminat dunia lasak dari pelbagai latar belakang. Di Enduroland Adventure Penang ini, terdapat lebih daripada 30 seksyen cabaran, 10km endure trails dan 40km rally route.

Peserta dari Thailand, En. Pongthep.
Peserta dari Thailand, En. Pongthep.
Sdr. Ken -kanan-, seorang pencinta motosikal berusia 16 tahun.
Sdr. Ken -kanan-, seorang pencinta motosikal berusia 16 tahun.

Pada tahun 2019 Auto Bavaria Penang telah menganjurkan satu acara teknikal off-road di tapak Enduroland bersama tenaga pengajar iaitu En. Tommy Lee yang dijemput khas dari Singapura. Setelah beberapa bulan Malaysia diuji dengan pandemik Covid 19, segala urusan tergendala.

Apabila kerajaan telah memberi kelonggaran, pada 26hb Aug 2020 FS Adventures juga telah menganjurkan acara latihan off-road tahap 1 dan tahap 2 di tapak Enduroland Penang. Pada 3hb Disember 2020, latihan pengendalian pemanduan off-road motosikal berkuasa tinggi telah diadakan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Belum puas kita bebas bergerak ke sana-sini, sekali lagi pihak kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan PKP untuk beberapa bulan lagi dengan beberapa fasa yang berbeza.

Tanggal 25hb Aug 2021 lalu, pihak Tentera Darat Malaysia bersama-sama BMW Motorrad telah hadir dan menggunakan tapak Enduroland Adventure Penang untuk latihan teknikal off-road dan pada Oktober lalu, segala sekatan telah dilonggarkan sehingga masyarakat dapat merentas negeri semula.

Satu-satunya peserta wanita, Ms. Lin Yeoh.
Satu-satunya peserta wanita, Ms. Lin Yeoh.

Setelah berbincang sesama pihak urusetia Enduroland Adventure Penang, mereka sepakat telah menganjurkan satu ride yang melalui persisiran pantai dari Pulau Pinang – Kedah – Perlis bertarikh 13 hingga 14 November 2021. Konvoi ini disertai oleh lebih kurang 15 orang penunggang termasuk salah seorang daripada mereka dari Thailand, En. Pongthep dan seorang lady biker iaitu Lin Yeoh bersama anak bongsunya, Ken. Ken juga merupakan seorang pencinta motosikal muda yang baru berusia 16 tahun.

Konvoi kali ini turut mempamerkan kelasakan jentera-jentera mantap seperti BMW GS, Benelli TRK502 dan Kawasaki KLX. Sebelum keluar dari rumah masing-masing, para peserta wajib untuk melakukan Ujian Kendiri Covid19 di rumah. Ini amat penting bagi memastikan setiap peserta konvoi bebas daripada jangkitan virus yang tidak diingini.

Lebih kurang jam 7.30 pagi, ada beberapa orang rider telah bergerak ke Sungai Dua, Pulau Pinang untuk berkumpul dengan kumpulan kedua pada jam 8.00pg. Apabila mereka sampai di sebuah stesen minyak di Yan, kumpulan ini telah disambut oleh Timbalan Presiden Enduroland Adventure Penang, Capt Asri Ismail dan beliau juga adalah Ketua Konvoi Ride Persisiran Pantai.

Sekitar jam 9.30 pagi, konvoi yang datang dari Dulang melalui Batas Ban sebelum singgah di Mercu Tanda Kampung Kuala Dulang Kechil dan dari sinilah bermulanya laluan lasak, off-road trail. Para peserta melalui laluan lasak di tepian pantai seperti di Pulau Bunting, Kota Kuala Kedah, Sanglang dan Kuala Perlis.

Kecekapan para peserta diuji. Untuk kekal di laluan dengan selamat serta lancar, para peserta bertungkus lumus mengendalikan jentera masing- masing agak tidak tersasar dari laluan. Ada ketika perlu berdepan dengan laluan berlumpur, lopak-lopak besar, dalam tasik yang memakan masa lebih kurang tiga jam. Walaupun masing-masing keletihan, perjalanan diteruskan ke Pos Batu Putih, Perlis diikuti tembok sempadan Malaysia-Thailand.

Konvoi singgah makan tengahari di Seafood Mat Rock Der yang terletak di Kuala Perlis. Selesai makan tengahari, mereka kembali ke atas jentera dan menuju ke Tasek Timah Tasoh yang kini antara destinasi pelancongan yang cukup popular. Memang cantik pemandangan di sini dan pastinya ia akan menyimpan kenangan manis buat para peserta.

Dari Timah Tasoh itu, konvoi disambung menuju ke Homestay Mada Kampong Pulau Pisang, Jitra Kedah. Acara di sebelah petang bebas dan ada juga rakan yang membuat keputusan untuk membasuh motosikal masing-masing. Memang seronok dapat pacak khemah bersama-sama. Ketika berehat dan menunggu makan malam, para peserta berkongsikan pengalaman ride pada hari itu. RR

- Nz York

Isu Pada

Februari 2022

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.