☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 19 Mac 2020

Violeta Ivanova Keliling Dunia Dengan Harley-Davidson

Violeta Ivanova adalah seorang pencinta motosikal dari Bulgaria yang telah memulakan pengembaraan mengelilingi dunia pada April 2019 lalu dan dia juga merupakan penunggang Harley-Davidson wanita pertama yang melakukannya. Violeta bertugas sebagai seorang pakar psikologi, berusia 44 tahun dan merupakan ibu kepada dua orang anak perempuan berusia 17 dan 3 tahun. Dalam pengembaraan ini, misinya adalah untuk memberi inspirasi dan sokongan buat semua wanita di seluruh dunia agar teruskan mencapai segala impian selama ini.

Bermula di Sofia, Bulgaria, Violeta telah mengendalikan jentera H-D Fat Bobnya bergelar 'Boris' ke Turki dengan melalui pelbagai jenis laluan dan keadaan mukabumi. Di awal perjalanannya, dia turut ditemani oleh suami dan anak-anaknya sehinggalah di India apabila mereka terpaksa berpisah atas sebab tugas dan persekolahan. Perjalanan di Turki menawarkan pemandangan yang indah dan dapat dilakukan tanpa perlu menghadapi banyak masalah.

Dari Turki, Sofia melintasi Georgia dan kemudiannya ke Azerbaijan, sebuah negara yang memiliki keistimewaan mukabumi seperti Lautan Caspian, gunung ganang, kawasan bersalji dan lembah-lembah yang mengagumkan. Negara seterusnya ialah Iran. Di negara ini, Violeta tidak dibenarkan bermotosikal dan terpaksa diangkut menggunakan kenderaan empat roda. Mujurlah keluarga ada bersamanya, Violeta tidaklah begitu sedih kerana tidak dapat bermotor. Apa yang dapat digambarkan mengenai mukabumi di Iran ialah keunikan warna tanahnya yang hitam dan putih. Menurut Violeta, dalam fotografi, memang nampak seperti gambar hitam putih.

Dia kembali bersemangat apabila memasuki ke UAE. Violeta kembali ke atas H-Dnya dan antara kenangan paling mekar dalam ingatannya ialah dapat menunggang di waktu malam bulan Ramadhan bersama para penunggang motosikal wanita tempatan. Di sini juga Violeta diperkenalkan dengan laluan tepian kawasan pergunungan yang sangat-sangat cantik. Agar tidak terkena dengan bahang panas, laluan ini sesuai digunakan bermula jam 5.00 petang dan Violeta menggambarkan ia bagaikan berada di dunia asing.

Selepas 10 hari di UAE, dia menghantar motosikal ke India dan paling menggembirakan apabila sistem penghantaran di UAE sangat cekap, jenteranya tiba dengan sempurna tanpa satu calar pun. Ketika di India, Violeta mengalami kemalangan serius yang menyebabkan rahang dan tangan kanannya retak. Dengan semangat yang kental, wanita ini kembali bersama jenteranya tiga bulan kemudian. Violeta juga menerima beberapa kali lamaran oleh warga tempatan (antara kisah lucu yang dikongsi). Dia dan suaminya seringkali terpisah disebabkan masalah laluan yang jauh dan mengelirukan.

Ada di antara harinya, dia terpaksa bermotosikal hingga lewat malam kerana tersesat jalan dan mujurlah dengan bantuan penunggang motosikal tempatan, Violeta dapat disatukan semula dengan keluarganya. Di sini juga dia bertemu dengan seorang penunggang motosikal dari Belgium yang turut mengembara. Lebih unik dan mengagumkan, warga Belgium tersebut mempunyai masalah pendengaran tetapi bersemangat waja untuk menyempurnakan misinya.

India ditinggalkan untuk negara seterusnya iaitu Nepal. Ia adalah sebuah negara yang cantik tetapi di bahagian atas bandarnya dipenuhi dengan wayar-wayar elektrik. Nampak unik tetapi pada masa yang sama agak berserabut.

Thailand memberikan senyuman buat pemilik H-D ini kerana menawarkan layanan masyarakatnya yang baik serta makanan yang lazat. Voileta diuji dengan hujan di kebanyakan laluan sehinggakan dia pernah terbabas masuk ke dalam longkang yang agak dalam. Mujurlah dia tidak cedera dan dengan bantuan para penunggang jalanraya lain, jenteranya dapat dikeluarkan dari longkang tersebut.

“Malaysia, Country of Friends,” kata Violeta.

Ketika memasuki sempadan Thailand-Malaysia, Violeta sempat berkenalan dengan para penunggang motosikal wanita yang kemudian menemaninya di sepanjang perjalanan hingga ke Pulau Pinang. Antara destinasi yang dilawatinya ketika menghabiskan sekitar dua minggu di Malaysia ialah Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Terengganu.

Ketika di Pantai Cherating, Violeta bukan sahaja dapat menikmati keindahan pantai tetapi juga berpeluang menunggang H-Dnya di laluan berpasir dan menurutnya, ia adalah antara pengalaman menunggang yang cukup menarik. Violeta juga pernah diberikan sejumlah wang oleh para pemilik H-D ketika berada di Malaysia yang bertujuan untuk bayaran hotel. Itulah sifat murni rakan-rakan biker yang amat dia senangi.

Dari Malaysia, jenteranya akan diterbangkan ke Australia untuk menyambung pengembaraan ke New Zealand, Amerika Selatan, Amerika Utara, Afrika dan Eropah sebelum pulang semula ke Bulgaria. Di sepanjang pengembaraannya (setakat di Malaysia), dia telah menyertai pelbagai acara seperti The Distinguished Gentlemen's Ride di New Delhi, First HOG International Gathering di Bandung, Pink Ribbon Loop di Melaka dan perjumpaan HOG di Kuantan, Malaysia.

Adakah dia berjaya mengembara ke enam buah benua tidak lebih dari setahun? Sama-sama kita doakan agar Violeta berjaya menyempurnakan misinya dengan selamat. Untuk melihat perkembangan hariannya, sila layari www.holymotorbike.com, Instagram: holymoto_rwt, Facebook: Holy Moto dan You Tube: Holy Moto. RR

Isu Pada

Januari 2020

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).