☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 April 2019

Boon Siew Honda Raikan Para Pelumba ARRC

Untuk memberi penghargaan buat para pemilik jentera berkuasa tinggi Honda, Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) telah menganjurkan majlis makan malam di sebuah hotel terkemuka di Sepang pada  awal Mac lalu. Kira-kira 300 orang tetamu yang terdiri daripada para pelanggan Honda Big Wing cawangan Georgetown, Setapak, Petaling Jaya dan Johor Bharu.

Dari kini: En. Keiichi Yasuda, Zaqhwan, Azroy dan Md Helmi berjaya menepati sasaran pada perlumbaan akhir ARRC.
Dari kini: En. Keiichi Yasuda, Zaqhwan, Azroy dan Md Helmi berjaya menepati sasaran pada perlumbaan akhir ARRC.

Hadir menyerikan majlis pada hari tersebut ialah CEO dan Pengarah Urusan BSH, En. Keiichi Yasuda yang ditemani oleh Ketua Pegawai Pemasaran & Perancangan BSH, En. Yoshitaka Nakamura dan Ketua Pegawai Penjualan, En. Voon Yin Kong.

Untuk menjadikan majlis makan malam tersebut lebih bermakna, para tetamu awalnya berkesempatan bergambar kenangan di ruang yang disediakan dan mendapatkan lakaran karikatur daripada beberapa orang pelukis yang dibawa khas oleh BSH. Memang ramai yang tidak melepaskan peluang untuk membawa balik lukisan karikatur masing-masing sebagai kenangan.

Kemuncak acara pada malam tersebut ialah kemunculan tiga pelumba pasukan Honda iaitu Md Zaqhwan Zaidi yang beraksi dalam kategori Asian Superbikes 1000cc manakala Md Helmi dan Azroy Hakeem yang bersaing dalam kategori Supersports 600cc. Para tetamu turut dikejutkan dengan kehadiran bekas pelumba MotoGP, Makoto Tamada yang kini bersama-sama pasukan Honda AsiaDream Racing sebagai Pengurus Pasukan.

Bekas lagenda MotoGP, Makoto Tamada (kiri) menerima cenderahati istimewa yang disampaikan oleh En. Keiichi Yasuda

Di majlis tersebut, ketiga-tiga pelumba turut berkongsikan pengalaman dan caracara mereka berlatih untuk kekal cergas sepanjang perlumbaan. Azroy dan Hakeem contohnya, lebih banyak kepada minum air kosong dan makanan yang kurang berminyak. Kedua-dua pelumba ini juga akan melakukan latihan berskala agar terus berdaya saing. Sejak bertukar daripada 600cc kepada CBR1000RR SP2, Zaqhwan banyak menumpukan perhatiannya tentang sistem elektronik dan corak tunggangan yang sudah pasti berbeza.

Para jemputan turut berpeluang bergambar kenangan bersama pasukan Honda dan para pegawai tertinggi BSH yang hadir dan majlis kemudiannya dimeriahkan lagi dengan persembahan tarian serta beberapa jenis permainan yang disediakan untuk para tetamu.

Para pelukis karikatur menunjukkan kreativiti masing-masing untuk melakar wajah para tetamu.
Para pelukis karikatur menunjukkan kreativiti masing-masing untuk melakar wajah para tetamu.

Pada perlumbaan ARRC yang berlangsung keesokan harinya, Zaqhwan berjaya meraih tempat pertama kelas Asian Superbikes 1000cc dengan menewaskan para pencabar lain dari Thailand, Jepun, Australia, Filipina, Switzerland dan India. Bagi para pelumba kategori 600cc pula, Helmi dan Azroy masing-masing meraih tempat keempat dan kelima keseluruhan dengan kutipan 22 mata untuk kedua-duanya. Tahniah untuk semua! RR

Isu Pada

April 2019

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).