☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 April 2019

Unit Bengkel Bergerak PETRONAS Lebih Dekati Pelanggan

PETRONAS Lubricants Marketing (Malaysia) Sdn Bhd (PLMMSB), anak syarikat PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) telah melancarkan unit bengkel motosikal bergerak (mobile service workshop) yang pertama seumpamanya di Malaysia pada 25 Februari lalu. Majlis penuh bererti itu telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Ekskutif PDB, Dato' Sri Syed Zainal Abidin ditemani oleh CEO PLMMSB, En. Hardeep Singh.

Bengkel bergerak berasaskan konsep cepat & santai serta menggunakan khidmat teknikal professional ini akan menjelajah seluruh Semenanjung Malaysia untuk memberi khidmat penukaran minyak pelincir PETRONAS Sprinta kepada para penunggang motosikal. Bengkel motosikal bergerak ini diubahsuai daripada kontena 20 kaki dengan imej baru yang cukup menarik & trendy untuk keselesaan serta suasana santai sementara menunggu enjin motosikal mereka ditukar.

“Konsep yang kami paparkan ini akan memberi kemudahan dan pengalaman baru bagi penunggang motosikal kerana proses penukaran minyak pelincir akan menjadi lebih cepat dan lancar. Secara puratanya, proses ini akan mengambil masa hanya lapan minit dari mula hingga akhir bagi motosikal berkapasiti rendah dan sederhana,” kata  Dato' Sri Syed Zainal Abidin.

Di majlis yang sama dan bertepatan dengan musim baru MotoGP, PETRONAS turut melancarkan peraduan 'PETRONAS Sprinta Bonanza 2019' yang akan bermula dari 11hb Mac hingga 30 September 2019. Peraduan ini menawarkan hadiah bernilai lebih daripada RM300,000 termasuk hadiah utama berupa sebuah jentera berkuasa tinggi Yamaha R6 yang akan ditukar wajah seperti jentera pasukan PETRONAS Yamaha SRT, sebuah jentera Yamaha R25 sebagai hadiah kedua dan hadiah bulanan berupa Yamaha Y15ZR.

Yamaha YZF R6 (biru) dan Yamaha Y15ZR yang menanti para pelanggan dalam peraduan ‘PETRONAS Sprinta Bonanza 2019’.

Untuk maklumat lanjut mengenai jadual bengkel motosikal bergerak PETRONAS Sprinta dan peraduan 'PETRONAS Sprinta Bonanza 2019' boleh didapati dengan melayari laman media sosial PETRONAS Brands & www.mymesra.com.my. RR

Isu Pada

April 2019

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).