☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 28 Jun 2022

Wayne Rainey Kembali Menunggang Yamaha YZR500 1992 di Goodwood Festival of Speed

Juara Dunia GP500cc tiga-kali, Wayne Rainey telah bertemu kembali dengan jentera juaranya, Yamaha YZR500 dalam satu majlis penuh emosi yang diadakan di Goodwood Festival of Speed baru-baru ini. Rainey, merupakan seorang Lagenda MotoGP yang telah lumpuh dari bahagian dada ke bawah turut mengujakan para hadirin apabila menunggang jentera perlumbaan miliknya itu dengan penuh bergaya sekali.

Wayne Rainey dapat menikmati laluan terkenal di Estet Goodwood itu dengan menunggang YZR500 yang direka khas oleh para jurutera Yamaha Motor Company bagi memudahkan setiap pergerakan. Sistem transmisi direka untuk kegunaan tangan sebelah kiri.

Turut hadir memeriahkan acara pada hari tersebut ialah rakan-rakan seperjuangan beliau seperti Kenny Roberts Snr, Kevin Schwantz dan Mick Doohan.

Wayne Rainey '1' & Kenny Roberts Snr.
Wayne Rainey '1' & Kenny Roberts Snr.

“Saya agak gementar untuk menunggang YZR500 berbanding Yamaha R1 yang memiliki banyak sistem elektronik, sudah tentu banyak bezanya dengan jentera GP YZR500. Jujurnya, saya rasa ia seperti 'seorang sahabat lama'. Memang satu cabaran untuk berlumba dan meraih kemenangan dengan jentera seperti ini. Untuk dapat kembali menunggang selepas 30 tahun, ia benar-benar hebat. Motor ini sentiasa bersedia untuk saya suatu ketika dulu dan ia juga telah bersedia pada pertemuan kali ini,” kata Wayne Rainey. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).