☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 April 2019

Ride Amal DCM Ke Pantai Timur

DCM atau Ducati Club Malaysia telah menganjurkan satu 'ride' yang cukup istimewa pada 25 hingga 27 Januari yang lalu. Konvoi amal ini adalah bertujuan untuk memberi bantuan kepada beberapa keluarga dan ibu tunggal yang bermastautin di Kelantan. Lebih membanggakan,'ride' penuh bermakna kali ini menarik minat lebih daripada 180 buah jentera berkuasa tinggi yang bukan sahaja terdiri daripada pelbagai model Ducati tetapi juga jentera-jentera BMW.

Pada 25 Januari, para peserta dari Kuala Lumpur dan  GENG Brotherhood JB, Maharani69 dan Kelantan Ducati Owners Club terlebih dahulu berkumpul di Penarek Terengganu dan bermalam di Riverside Hotel dan Danisha Villa yang terletak di Kelantan.

Keesokan harinya (26hb Januari 2019), para peserta berkonvoi ke rumah Puan Aminah, seorang wanita  sebatang kara berusia lebih 60 tahun yang terletak di Kampung Chichal, Kubang Kerian. Melihat kepada rumah beliau yang sangat daif, ia memberikan keinsafan buat semua dan dengan sumbangan yang diberikan, para peserta berharap ia dapatlah meringan kan bebanan yang dihadapinya. Para peserta terutamanya kaum hawa tidak putus-putus berbual dan memberi sokongan moral buat Puan Aminah.

Dari Kubang Kerian, jentera-jentera Ducati diarahkan pula ke Gelang Mas, Pasir Mas untuk sekali lagi bersama dengan keluarga ibu tunggal yang amat memerlukan bantuan. Ternyata sinar kegembiraan terpancar di raut wajah setiap ahli keluarga ini dengan kunjungan dan bantuan yang diberikan oleh para pencinta motosikal itu. Para peserta meluangkan masa kira-kira dua jam di Pasir Mas sebelum bergerak ke Rantau Panjang untuk makan tengahari.

Pada jam 3.00 petang, konvoi berkesempatan bertemu dengan seorang lagi ibu tunggal dengan empat orang cahaya mata di Kubang Golok, Bachok. Beliau hanya menetap di sebuah bangunan terbengkalai dengan hanya beralaskan tikar tanpa perlindungan yang selamat. Rumah lama peninggalan keluarganya telah runtuh dan kini terpaksalah mereka sekeluarga menetap di tanah yang bukan milik mereka. Adik kepada salah seorang ahli DCM telahpun menjadikan beberapa orang daripada anak wanita tersebut sebagai anak angkat seterusnya diberikan pekerjaan di Kuala Lumpur.

Perasaan sedih menyelubungi setiap ahli DCM dengan keperitan yang dialami oleh keluarga ini dan berharap agar nasib mereka dapat dibela dengan lebih baik suatu ketika nanti. Nilai persahabatan lebih erat dibentuk menerusi program amal seperti ini dan ia juga merupakan matlamat utama mengapa ia perlu diteruskan. Para peserta kemudiannya kembali ke tempat penginapan untuk berehat sebelum majlis makan malam.

27 Januari 2019 – Kesemua peserta telah bersiap sedia untuk pulang semula ke destinasi masing-masing. Walaupun penganjuran 'ride' amal ini diadakan dalam masa yang singkat, ia ternyata memberi impak yang cukup positif kepada keduadua belah pihak. Bagi ibu-ibu tunggal dan mereka yang memerlukan, usaha murni yang dilakukan oleh DCM amatlah dihargai. RR

Isu Pada

April 2019

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.