☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 30 Ogos 2022

Kemeriahan Karnival Yamaha Genblu 2022

20 Ogos 2022 - Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd (HLYM) dengan sokongan Majlis Daerah Manjung telah menjayakan Karnival Yamaha Genblu edisi ke tiga. ‘Keseronokan di darat dan di laut‘ menjadi tema karnival yang telah diadakan Pantai Peranginan Teluk Batik, Lumut.


Majlis telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ti Lian Ker, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung Tuan Syamsul Hazeman Md Salleh, Persatuan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia Datuk Wee Hong, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pembuatan Hong Leong Datuk Kwek Leng San, Pengarah Urusan Kumpulan Hong Leong Industries Bhd Dato’ Dr Jim Khor Mun Wei dan Pengarah HLYM En. Taketoshi Takabayashi.

Pihak pengurusan karnival juga telah mengatur beberapa aktiviti bagi para peserta dan pengunjung. Antaranya memandu uji skuter elektrik Yamaha E01 berkuasa 8.1kw yang sedang dalam proses penyempurnaan sebelum ditawarkan kepada para pelanggan. Pada Mac yang lalu Yamaha Motor Co. Ltd telah mengumumkan Malaysia telah terpilih bersama beberapa buah negara di Asia untuk ujian konsep (PoC) dunia sebenar bagi skuter ini.

Skuter elektrik Yamaha E01.
Skuter elektrik Yamaha E01.

Bagi aktiviti pantai pula HLY Marine menyediakan bot dengan enjin Yamaha dan jetski untuk peserta karnival mencuba sesuatu pengalaman yang baru. Pertunjukkan aksi flyboard juga turut dipersembahkan untuk para pengunjung.

Sempena karnival ini juga, maskot Blu Boi baru Genblu turut dilancarkan dan ternyata ia telah merancakkan lagi kemeriahan karnival. Para pengunjung turut dihiburkan menerusi Konsert Genblu yang menampilkan selebriti Nadia Hasnan dan Baby Shima sebagai artis undangan yang mendapat sambutan hangat.

Segmen yang dinanti-nantikan oleh semua peserta karnival sudah pastinya acara cabutan bertuah. Terdapat tiga buah motosikal menjadi hadiah utama iaitu Yamaha Xmax 250, Yamaha MT-25 dan Yamaha R15M.

Tahniah kepada HLYM dan semua peserta yang menjayakan dan memeriahkan karnival GenBlue 2022 ini. RR

Isu Pada

Oktober 2022

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.