☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 1 September 2022

'Spy Shot' Suzuki V-Strom baru. Enjin 700cc, Kembar-Parallel?

Suzuki V-Strom 650 dan SV650 merupakan antara model-model kelas pertengahan yang paling lama berada di pasaran dan masih popular hampir di mana-mana sahaja. Enjinnya sahaja sudah berumur sekitar 20 tahun dan Kedua-dua model ini juga dilihat semakin ketinggalan lebih-lebih lagi untuk mematuhi piawaian Euro 5. Ini bermakna penggantian untuk kedua-dua model ini dijangka bakal diumumkan tidak lama lagi.

Suzuki V-Strom 2021.
Suzuki V-Strom 2021.

Namun begitu, telah tersebar gambar 'spy shot' yang memperlihatkan model baru V-Strom sedang dalam proses terakhir. Dari sumber gambar itu, Suzuki V-Strom itu hadir dengan enjin 'V' walaupun dengan susun atur silinder yang baru dan tidak lagi dengan konfigurasi v-kembar seperti yang digunakan oleh V-Strom 650 sekarang ini. Rekabentuk lampu hadapan diilhamkan dari model V-Strom 1050 manakala dan bahagian fairing turut dikemas kini untuk memberikan penampilan yang lebih menarik.

Tidak dinyatakan dan dilihat sama ada model SV650 akan direka baru pada masa yang sama tetapi hakikatnya, model ini juga sudah jauh ketinggalan (dari segi teknikal/spesifikasi/teknologi) berbanding jenama-jenama lain.

Dijangka model terbaru Suzuki V-Strom akan dilancarkan di salah satu daripada dua penganjuran pameran motosikal antarabangsa iaitu di EICMA, Itali atau di Intermot, German. Sama-sama kita tunggu! RR

sumber: https://www.visordown.com/

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.