☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 22 September 2022

GIVI Rimba Raid Taman Negara 2022 – 2 Hari Saja Lagi!!!!

GIVI dan Rimba Adventure Sdn Bhd bakal melangsungkan acara GIVI Rimba Raid Taman Negara bermula 23hb hingga 25hb September 2022 ini bertempat di Kuala Tahan, Pahang.

Edisi kali ini merupakan yang terbesar dan terhebat pernah diadakan selepas terpaksa ditangguh selama dua tahun berikutan pelaksaaan Perintah Kawalan Pergerakan yang diadakan dulu bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Seramai 241 pelumba daripada 15 buah negara akan menyahut cabaran untuk menakluki laluan-laluan lasak sejauh 200 kilometer di hutan baka Taman Negara yang berusia130 juta tahun.

Ms Shahira Azahar 'tengah' bakal menyahut cabaran dengan menunggang KTM 250EX/C-TPI.
Ms Shahira Azahar 'tengah' bakal menyahut cabaran dengan menunggang KTM 250EX/C-TPI.

Selain pelumba tempatan, para peserta untuk perlumbaan kali ini terdiri daripada individu, kontinjen dan pasukan yang datangnya dari Canada, Amerika Syarikat, Columbia, United Kingdom, Belanda, Poland, Australia, Jepun, Vietnam, Thailand, Singapura dan Indonesia.

Antara yang menarik tentulah para peserta yang datang dari Thailand. Mereka telah mengadakan siri kelayakan 'Road To GIVI Rimba Raid' di negara mereka sendiri untuk mendapatkan para pelumba yang benar-benar berkemampuan.

GIVI Rimba Raid 2019.
GIVI Rimba Raid 2019.

Berikut adalah beberapa info ringkas mengenai Rimba Raid kali ini:

  • Nilai motosikal-motosikal para pelumba berjumlah RM18 juta
  • 17 pengeluar motosikal
  • 39 model motosikal
  • Para pelumba dari 15 buah negara
  • 165 pelumba Malaysia, 76 pelumba luar negara
  • 236 pelumba lelaki, 5 pelumba wanita
  • Jarak perlumbaan – 200 kilometer
  • Laluan perjalanan – Hutan Tengah Pahang
  • Perlumbaan diiktiraf oleh Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (Motorsports Association of Malaysia – MAM)

Perlumbaan ini dibahagikan kepada tiga kelas utama yang merangkumi jentera berenjin silinder tunggal 250cc hingga enjin empat silinder bersesaran lebih daripada 1,000cc.

Jumlah penyertaan mengikut jenis pengeluar motosikal.

  • Aprilia 1
  • Beta 4
  • BMW 54
  • Fantic 1
  • GASGAS 1
  • Harley Davidson 2
  • Honda 43
  • Husqvarna 17
  • Kawasaki 12
  • KTM 66
  • Moto Morini 1
  • Sherco 1
  • Suzuki 2
  • Tekken 1
  • Triumph 3
  • Wmoto 1
  • Yamaha 30
GIVI Rimba Raid 2019 - diadakan di Janda Baik, Pahang.
GIVI Rimba Raid 2019 - diadakan di Janda Baik, Pahang.

Acara GIVI Rimba Raid Taman Negara 2022 juga merupakan usaha terbaik bagi mempromosikan Malaysia kepada dunia menerusi keunikan dan keindahan alam semulajadi di negara ini.

Keprihatinan terhadap alam adalah keutamaan acara ini. Adalah amat penting buat para pencinta motosikal untuk menjiwai bahawa keseronokan bukan bererti merosakkan sebuah khazanah kebangsaan.

Acara penanaman semula pokok di kawasan pelepasan pelumba akan disempurnakan oleh Yang Mulia Tengku Panglima Raja Kol. Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, SSAP.,SIMP.

GIVI RImba Raid 2019.
GIVI RImba Raid 2019.

Menerusi acara ini, ia akan memberikan sumbangan yang besar terhadap sektor ekonomi tempatan dalam pelbagai segi seperti perniagaan makanan, penginapan, barangan tempatan dan lain-lain. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.