☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 25 September 2022

Yamaha Lifestyle Zone Pertama Di Malaysia Diperkenalkan

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) telah memperkenalkan Yamaha Lifestyle Zone yang pertama di Malaysia. Pembukaan Pusat One Stop Centre ini merupakan sebahagian daripada usaha HLYM untuk mengubah pengalaman para pemilik motosikal di negara ini

Yamaha Lifestyle Zone diuruskan oleh GT-MAX Motors (M) Sdn Bhd yang terletak di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam. Kedai ini mempunyai keluasan 24,000 kaki persegi yang menawarkan pelbagai kemudahan, perkhidmatan, suasana baru, keselesaan serta dilengkapi penghawa dingin sepenuhnya buat para pelanggan.

Bukan itu sahaja, Yamaha Lifestyle Zone mempunyai ruang pameran cukup luas yang menempatkan pelbagai jenis model Yamaha seperti moped, automatik dan berkuasa tinggi. Selain bilik pameran, konsep gaya hidup seperti ruangan sudut Yamaha Music menawarkan alatan muzik jenama itu dan skrin tayangan LED bersaiz 20 kaki persegi.

Menariknya, bilik pameran ini turut menempatkan GenBlu Cafe yang kedua selepas di ibu pejabat HLYM di Sungai Buloh. Cafe ini mempunyai pelbagai hidangan tempatan, barat dan Jepun untuk memenuhi citarasa para pelanggan. Yamaha Lifestyle Zone juga menampilkan ruangan Yamaha Cares yang menawarkan tips keselamatan menunggang dan kawasan permainan buat kanak-kanak.

Manakala ruangan pusat servis terbesar dilengkapi dengan 16 lif motosikal yang terletak di dalam persekitaran berhawa dingin serta mempunyai makenik terlatih. Pusat servis ini juga menawarkan perkhidmatan yang sama seperti di HLYM termasuklah alat ganti tulen Yamaha, aksesori menarik dan bersistematik.

Yamaha Lifestyle Zone GT-MAX beralamat di Jalan Unggul 25/40, Taman Sri Muda, 40400 Shah Alam, Selangor. Kedai ini dibuka pada setiap hari dari jam 9am – 8pm manakala Ahad jam 9am – 7pm. Untuk maklumat yang lebih lanjut sila hubungi Yamaha Lifestyle Zone di 03-51228829. RR

Isu Pada

November 2022

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.