☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Disember 2015

Konvoi GIVI Ke MotoGP : Penyerahan Kotak GIVI Kepada Polis Trafik

Sempena perlumbaan MotoGP yang berlangsung baru-baru ini, GIVI Asia Sdn Bhd sekali lagi menganjurkan konvoi bersama para pelanggannya bagi memberi sokongan kepada perlumbaan motosikal termasyhur itu. Setelah bertahun-tahun, GIVI Asia Sdn Bhd meneruskan janjinya untuk mendidik para penunggang motosikal supaya menjadi berhemah di jalan raya dan menawarkan produk untuk keselamatan yang berkualiti. GIVI juga melakukan kerjasama secara aktif bersama pihak polis trafik di dalam pelbagai aktiviti seperti kempen keselamatan di sekolah-sekolah terpilih, menaja konvoi untuk beberapa kumpulan motosikal dan aktiviti amal.

Kaum wanita juga turut serta memeriahkan konvoi ini
Kaum wanita juga turut serta memeriahkan konvoi ini
Mari kita ‘berselfie
Mari kita ‘berselfie

Konvoi GIVI ke MotoGP pada tahun ini lebih istimewa dan bersejarah kerana GIVI bekerjasama dengan pihak berkuasa dan diberi kebenaran untuk berkumpul di Ibu Pejabat Polis Trafik di Jalan Tun HS Lee. Seawal jam 7.00 pagi lagi para penunggang sudah mula berkumpul di situ. Sebagai tanda penghargaan, GIVI juga turut menyampaikan 50 buah kotak barang kepada pegawai-pegawai polis yang dipasang pada motosikal mereka.

Kotak GIVI Fluo edisi  terhad dipasang pada  setiap motosikal yang  terlibat dalam konvoi ini
Kotak GIVI Fluo edisi terhad dipasang pada setiap motosikal yang terlibat dalam konvoi ini

Acara perlepasan flag off konvoi GIVI MotoGP Malaysia 2015 tepat dilancarkan pada pukul 9.00 pagi. Lebih 150 buah motosikal terdiri daripada 100cc hingga 1400cc pelbagai model menyertai konvoi ini dipasang dengan kotak barang GIVI. Konvoi dikawal rapi oleh anggota polis trafik melalui lebuh raya Kuala Lumpur-Putrajaya yang sejauh 60km sehingga sampai ke destinasi, Litar Antarabangsa Sepang. RR

Isu Pada

Disember 2015

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).