Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Disember 2015

BMW Motorrad GS Trophy SEA : Peringkat Kelayakan Di Thailand

BMW Motorrad Bahagian Asia Tenggara telah menganjurkan sessi ujian kelayakan BMW Motorrad GS Trophy 2015 bagi memilih pelumba untuk mewakili Asia Tenggara dalam perlumbaan BMW Motorrad International GS Trophy 2016 yang bakal berlangsung di Chiang Mai, Thailand. Ujian kelayakan ini telah diadakan di Bangkok, Thailand pada 30 Oktober hingga 1 November lalu bersempena sambutan BMW Motorrad Days Thailand 2015.

Perlumbaan International GS Trophy ini dijalankan dua tahun sekali, bermula pada tahun 2008 yang lalu. Saingan ini melibatkan para pelumba lasak BMW GS yang datangnya dari berbagai negara bagi menunjukkan kemahiran masing-masing. Sejak mula-mula diperkenalkan di Tunisia tujuh tahun yang lalu, jumlah para peserta ternyata semakin meningkat. Persaingan diadakan di Afrika Selatan pada 2010 telah berjaya mengumpulkan sebanyak 10 pasukan dan pada tahun 2012 (Chile dan Argentina), jumlah pencabar telah bertambah kepada 15 buah pasukan. Dianggarkan perlumbaan International GS Trophy tahun ini bakal disertai oleh 19 buah pasukan dari seluruh dunia.

Dalam ujian kelayakan peringkat Asia Tenggara ini, BMW akan memilih seorang wakil dari Thailand, seorang dari Malaysia dan seorang pelumba dari gabungan tiga negara iaitu Singapura, Indonesia dan Filipina untuk memberi cabaran. Kemahiran para peserta ini telah dinilai dan diadili oleh Ikon GS Trophy yang juga penganjur acara ini, En. Tomm Wolf dengan pemberian mata atau markah berdasarkan skill dan strategi terbaik sewaktu menyempurnakan tunggangan di kawasan-kawasan terhalang yang ternyata cukup sukar sekali.

Mereka yang terpilih untuk mewakili pasukan Asia Tenggara ialah En. Mohd Faizal Sukree (Malaysia), En. Peerapat Woratham (Thailand) dan En. Tommy Lee dari Singapura. “Dengan penganjurannya di negara Asia Tenggara ini, kami dapat memberi peluang kepada jagoan rantau ini untuk menunjukkan kebolehan masing-masing bersama 18 pasukan lain,” jelas En. Owen Riley, Ketua BMW Motorrad Malaysia. Selain Mohd Faizal, para pelumba Malaysia yang turut menyertai ujian kelayakan ini ialah Dr. Suhaimi Said, Dato' Hamzah Mazlan, Eimran Ben Jettey, Khaizatul Akmar Zabidin dan Mohd Aswade Ali. RR

Isu Pada

Disember 2015

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Artikel berkaitan

MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Benelli Panarea 125 Tampil Dengan 4 Warna Baharu

Yamaha YZF-R9 Bakal Masuk Pasaran Negara Tidak Lama lagi?

Royal Enfield Sambut Ulang Tahun ke-125

Keeway Recall 5,000 Unit XDV180 Evo

Program Penggantian Muffler QJMOTOR AX200S Diteruskan

Marshal Moto Bakal Masuk Pasaran Negara

KARNIVAL GENBLU YAMAHA 2026

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

Hakim Danish Ramli meneruskan rentak konsisten salam saingan Moto3 apabila menamatkan perlumbaan di GPAragon di tempat ke-12.

Model Baru

Cyclone RT2S Kini Rasmi Di Pasaran Malaysia - RM13,888

Selepas diperkenalkan di Malaysia Bike Show pada 29hb Mei yang lalu, Cyclone RT2S akhirnya rasmi di pusat pengedar Mfroce seluruh negara .

Model Baru

Yamaha Y16ZR-R Edisi Terhad Pramac Racing Replica - RM13,388

Selain varian standard, HLYM turut lancar model edisi terhad bagi Yamaha Y16ZR-R.

Model Baru

Yamaha Y16ZR-R Masuk Pasaran Negara - RM10,888