☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Jun 2019

Kawasaki KLE500 Ride Santai Gathering 2019

Kawasaki KLE500 merupakan model lasak yang tampil ke pasaran dunia pada tahun 1993 sehingga 1995 dan ia bagaikan perintis sebelum kita diperkenalkan dengan model KLR dan Versys. Kemantapan tubuh badan dan ketahanan enjinnya menyebabkan ramai yang terpikat dan jentera dua roda ini dijaga dengan baik hingga sekarang. Sejak tahun 2000 lalu, para pengemar Kawasaki KLE mula mencari motosikal yang sudah makan usia ini.

Kemudiannya pemilik Kawasaki KLE ini mula mencari para pemilik KLE500 dan menamakan kumpulan mereka, Kawasaki KLE500 Malaya. Dengan adanya kumpulan atau kelab ini, banyak perkara yang mereka dapat kongsikan bersama antaranya tentang cara membaiki jentera, di mana boleh mendapatkan alat ganti dan tentunya aktiviti yang dijalankan bersama. Walaupun jumlah mereka tidak ramai, mereka akan cuba menganjurkan ride santai ke beberapa tempat di setiap bulan dan turut dianjurkan juga ride bermalam setiap tahun.

Untuk Ride Santai Gathering 2019, Homestay Mada Kampung Pulau Pisang telah dipilih sebagai port BBQ dan tempat bermalam. Lebih kurang jam 12 tengah malam, para pemilik Kawasaki KLE dari Kuala Lumpur mula berkumpul di R&R Sungai Buloh untuk mulakan perjalanan mereka ke utara.

Ketika dalam perjalanan, konvoi diuji dengan hujan cukup lebat mencurahi lebuhraya yang memaksa mereka berhenti dan berehat sehingga cuaca pulih kembali. Rakan-rakan KLE selamat sampai di Jitra lebih kurang jam 8.00 pagi, 30 Mac 2019. Sementera menantikan konvoi yang bergerak lebih lewat, sempatlah mereka menikmati sarapan yang cukup lazat dan menyegarkan. Selepas semuanya sudah tiba, konvoi bergerak ke Homestay Mada Kampung Pulau Pisang dan disambut oleh Pak Atan, pemilik homestay.

Setelah semuanya siap mandi dan rehat sekejap, En. Rashidan membawa rakanrakan KLE bersiar-siar dengan melalui jalan-jalan kampung menggunakan laluan batas sawah padi. Bagi rakan biker yang dari kawasan bandaraya, menunggang di atas batas bendang agak mencabar juga. Apa pun, kesegaran udara nyaman dan pemandangan yang cantik membuatkan hati menjadi tenang. Tiada kedengaran hiruk pikuk kota... memang cukup indah!

Para peserta konvoi selepas itu melawat Muzium Padi di Alor Setar, Kedah dan sempat juga singgah untuk basahkan tekak dengan menikmati air nira di Kebun Nira Kuala Sanglang. Perjalanan diteruskan   menuju ke Perlis untuk melawat seorang rakan mereka iaitu Muin yang terlibat dalam kemalangan pada bulan Februari lalu.

Waktu malam dimeriahkan dengan jamuan BBQ dan inilah waktu yang sesuai untuk berbual dan berceritakan pengalaman menunggang. Ikatan persahabatan ternyata terus kukuh dengan penganjuran seperti ini dan bagi rakan-rakan dari Kuala Lumpur, pengalaman menunggang di kawasan sawah padi adalah yang paling disukai.

Keesokan harinya, 31 Mac 2019. konvoi sudah siap untuk bergerak ke daerah Yan dan kemudian ke Dulang untuk singgah bersarapan di rumah ibu bapa, En. Rashidan. Selesai sarapan ride disambung menuju ke kaki Gunung Jerai sebelum bergerak balik ke Kuala Lumpur. Walaupun ride santai ini ringkas, ia ternyata memberi 1001 erti buat rakan-rakan KLE yang menyertainya. Jika diizinkan lagi, mereka bercadang untuk ride dan berkhemah di Gunung Jerai pula. RR

- Nz York

Isu Pada

Jun 2019

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.