Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 2 November 2022

Royal Alloy Malaysia Ride Ke Kuala Selangor

Hujung minggu merupakan waktu yang paling sesuai untuk melakukan sebarang aktiviti menarik kerana pada masa inilah hari yang sesuai mengisi masa lapang selain bersama keluarga. Demi menghargai para pelanggannya, Royal Alloy Malaysia telah menganjurkan satu konvoi buat kali pertama yang digelar “MOD Ride” pada 12 Jun lepas.

Penganjuran ini khususnya buat para pemilik jentera Royal Alloy. Tujuan aktiviti berkonvoi ini diadakan adalah untuk bersantai-santai pada hujung minggu bersama rakan-rakan, mengeratkan hubungan silaturahim sesama peserta dan berkongsikan pengalaman serta cerita tentang dunia permotoran. Menerusi konvoi ini juga, pihak Royal Alloy ingin membuktikan ketahanan dan kemantapan jentera keluaran mereka.

Sebanyak 31 buah motosikal yang melibatkan jentera Royal Alloy TG250, GP180 dan GP125. Sekurang-kurangnya 40 orang peserta yang hadir untuk menjayakan acara konvoi ini. Kebanyakan para peserta yang hadir rata-ratanya dari negeri Selangor. Namun salah seorang peserta yang datang dari Johor juga tidak melepaskan peluang untuk turut serta. Pihak Royal Alloy telah memilih Kuala Selangor sebagai destinasi untuk dituju.

Program bermula di perkarangan pejabat Royal Alloy Malaysia yang terletak di Shah Alam. Seawal jam 8:30 pagi lagi para peserta sudah ada yang berkumpul. Kakitangan Royal Alloy mengendalikan proses pendaftaran. Para peserta diberikan sehelai baju-T dan pemegang kunci. Selepas selesai sesi mendaftar, peserta konvoi mula menjamah sarapan pagi yang disediakan oleh pihak Royal Alloy.

Perjalanan konvoi pun bermula pada jam 9:20 pagi dengan menggunakan Lebuhraya Wilayah Persekutuan. Konvoi berhenti sebentar di Petronas – Federal Highway Arah Klang (KM12.3) untuk mengisi minyak.

Oleh kerana hari ahad, ramai orang yang mengambil peluang keluar rumah untuk bersiar-siar. Cuaca cerah dan panas pada hari tersebut. Kenderaan yang berada di lebuhraya agak banyak. Konvoi mengekalkan kelajuan sekitar 90km/j agar peserta-peserta di belakang tidak ketinggalan jauh. Konvoi kemudian menukar arah untuk melalui Lebuhraya Pantai Barat.

Sebaik sahaja tiba di persimpangan lampu isyarat di Kapar, jentera Royal Alloy ini ternyata menarik perhatian orang yang berada di sebelahnya. Ada sahaja yang memandang. Ada juga beberapa kenderaan yang membunyikan hon sambil menunjukkan isyarat 'Good' kepada peserta konvoi sebagai tanda sokongan.

Selepas 51 kilometer perjalanan, konvoi berhenti sebentar di stesen minyak Kuala Selangor untuk berehat seketika. Namun ada juga beberapa peserta yang mengambil peluang untuk memenuhkan tangki bahan api jentera masing-masing.

Kira-kira jam 11:00pagi konvoi akhirnya tiba di lokasi pertama iaitu Restoran Mee Udang Banjir Kuala Selangor untuk menikmati makan tengahari. Pelbagai jenis makanan yang ada. Namun sudah tentu ah menu istimewanya yang menjadi pilihan. Mee Udang Banjir memang cukup sedap sekali, udangnya pula sangat segar. Harga pula cukup berpatutan mengikut jenis-jenis udang dan saiz seperti kecil, sederhana ataupun besar. Harga dalam lingkungan RM13 hingga RM27. Restoran Mee Udang Banjir Kuala Selangor terletak di 587, Jalan Bandar Baru Batu 2, Pasir Penambang, 45000 Kuala Selangor, Selangor.

Sebaik selesai makan, para peserta mula kembali ke jentera masing-masing. Pendikit kemudian dipulas dan konvoi pun menyambung perjalanan ke destinasi seterusnya. Selepas menyusuri perjalanan sekitar 5 kilometer (tidak lah jauh), konvoi telah tiba di Bukit Malawati. Ramai pengunjung yang datang ke sini. Di Bukit Malawati terdapat tempat-tempat yang cukup menarik. Penggunaan kereta dan motosikal tidak dibenarkan sama sekali untuk naik ke atas terutama pada waktu cuti. Pengunjung perlu menaiki perkhidmatan kereta api yang disediakan dengan menggunakan tiket.

Jam hampir menunjukkan pukul 2:00 petang. Konvoi meninggalkan pekan Kuala Selangor untuk menuju ke destinasi terakhir iaitu Cendol Bakar yang beralamat di Jalan Klang – Teluk Intan, Taman Merpati, 45800 Jeram, Selangor. Pelbagai jenis cendol yang boleh dinikmati seperti cendol biasa, cendol vip, cendol vvip, cendol tapai, cendol pulut tapai, cendol durian dan cendol durian tapai.

Menjelang petang, jentera Royal Alloy kembali menderum untuk memulakan perjalanan pulang ke kediaman masing-masing. Program konvoi pada kali ini amat menyeronokkan dan memberikan pengalaman indah buat para pemilik jentera Royal Alloy. Sehingga jumpa lagi pada acara Ride seperti ini di masa akan datang. RR

Isu Pada

Julai 2022

Popular

  • Warta Roda

    WMOTO Griffin 205 Sudah Berada di Pusat Pengedar Mforce Smartshop

  • Warta Roda

    Art of Speed 2026: 15 Tahun Menyatukan Jiwa Kustom

  • Warta Roda

    Honda ADV160 Edisi Terhad Versi Spider-Man Dilancarkan - Bermula RM14,149

  • Berita Kelab

    Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

  • Dari Litar

    Hakim Danish Kutip Mata Berharga Walaupun Berdepan Cabaran di Sachsenring

Artikel berkaitan

WMOTO Griffin 205 Sudah Berada di Pusat Pengedar Mforce Smartshop

Art of Speed 2026: 15 Tahun Menyatukan Jiwa Kustom

Honda ADV160 Edisi Terhad Versi Spider-Man Dilancarkan - Bermula RM14,149

Sprinta Ladies Satukan Komuniti Lady Bikers di Malaysia

Empat Penunggang Maut Dalam Kemalangan Membabitkan Motosikal Dan Kereta

MODENAS & GIATMARA Bekerjasama Dengan Melancarkan Pusat Servis Motosikal Elektrik

Advenduro-X Meriahkan Moto Test Fest 2026

Yamaha Y15ZR 2026 Bagi Varian Standard & SE Terima Warna Baharu

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

WMOTO Griffin 205 Sudah Berada di Pusat Pengedar Mforce Smartshop

WMOTO Griffin 205 kini mula memasuki rangkaian pusat pengedar sah MForce di seluruh negara sersempena pembukaan rasmi Mforce Smart Shop kedua di negeri Perak.

Warta Roda

Advenduro-X Meriahkan Moto Test Fest 2026

Advenduro-X merupakan perlumbaan sukan permotoran lasak yang mendapat pengiktirafan daripada Motorsports Association of Malaysia (MAM).

Dari Litar

Selepas BRNO, Hakim Danish Mahu Fokus di Assen

Selepas kejayaan di BRON, Hakim Danish mahu teruskan momentum positif di pusingan berikutnya.

Dari Litar

Ai Ogura Terpantas di Sesi Latihan Pertama

Ai Ogura memulakan kempen GP Republik Czech dengan cemerlang apabila mencatat masa terpantas pada sesi hari Jumaat.