☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 8 Disember 2022

5 Peralatan Penting bagi Tunggangan Harian

Berulang-alik saban hari dengan motosikal merupakan kaedah yang terbaik berbanding dengan memandu kereta atau mengharapkan pengangkutan awam. Tetapi kita perlukan beberapa peralatan yang penting ketika menunggang. Kesemua peralatan ini bersangkut-paut dengan keselamatan mahupun keselesaan penunggang.

Kami faham bahawa bukan semua penunggang suka memakai pakaian atau helmet kuning terang. Tetapi peralatan ini membolehkan pemandu kenderaan lain menampakkan kita di kalangan beribu-ribu kenderaan yang lain. Perhatian seketika itu boleh menjadi faktor kita tiba dengan selamat atau sebaliknya.

Lampu motosikal kita ternyala secara otomatik apabila kita hidupkan enjin supaya lampu itu dapat mengambil perhatian pemandu yang lain, kerana keratan rentas motosikal sangat kecil, tidak seperti kenderaan berat lain yang lebih lebar. Bagi motosikal yang menggunakan mentol halogen (cahaya yang berwarna kuning) anda boleh memasangkan mentol yang lebih berkualiti dan terang. Terdapat beberapa pembuat di dalam pasaran seperti Osram dan Phillips yang menghasilkan mentol yang lebih berkualiti tinggi. Bagi anda yang menunggang motosikal yang menggunakan lampu LED pula (cahaya warna putih), anda boleh pasang lampu tambahan (spotlight). Pastikan anda laraskan lampu selepas menukar mentol atau memasang lampu tambahan agar ia tidak menyilau kepada pengguna jalan yang lain.

Helmet yang mempunyai penutup muka (visor), jaket yang mempunyai pad keselamatan, sarung tangan yang mempunyai pelindung buku lima, kasut yang menutup kaki dan jari kaki. Anda juga boleh menambahkan pad lutut dan betis yang dipakai dibahagian luar seluar. Semua ini merupakan peralatan asas bagi menunggang motosikal jadi janganlah berkata, "Kalau nak jadi pon jadilah."

Baju hujan sudah menjadi keperluan asas di negara kita di mana hujan boleh turun pada bila-bila masa sahaja. Perkara yang paling selamat ialah kita meneruskan perjalanan setelah memakai baju hujan daripada menunggu di bawah jejantas.

Sering kali kita lihat penunggang meletakkan barang-barang mereka di dalam bakul motosikal. Bukan sahaja terdapat kemungkinan barang-barangan itu diragut, malah mereka akan bersepah jika penunggang motosikal menemui kemalangan. Selain daripada itu, menutup barang dengan menggunakan beg plastik tidak menjaminkan ketahanan kepada air dan habuk.

Justeru, cara paling baik untuk membawa barang-barang anda di atas motosikal ialah dengan menggunakan boks (seperti GIVI, Kappa, Shad dan sebagainya). Barang-barang dilindungi oleh cengkerang keras dan oleh itu terlindung daripada faktor cuaca serta impak. Tambahan lagi, anda boleh membawa lebih banyak barang seperti baju hujan. Anda juga akan rasa lebih selesa kerana tidak perlu menyandang beg bahu.

Selain daripada itu, anda boleh menggunakan beg tangki (untuk motosikal bukan kapchai). Faedah menggunakan beg tangki ialah barang-barang anda berada di depan anda dan senang dicapai. Beg itu juga senang ditanggalkan ketika sampai di tempat kerja dan anda boleh membawanya bersama anda.

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.