☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 1 Ogos 2022

Rider Ipoh Sambut Acara 'The Distinguished Gantleman's Ride di Melaka

The Distinguised Gentleman's Ride' (DGR) merupakan acara tahunan yang dianjurkan secara serentak dan besar-besaran di lebih 500 bandar di 115 negara seluruh dunia. Semua pencinta motosikal tanpa mengira usia dijemput untuk menyertai acara ini demi meningkatkan kesedaran serta mendapatkan dana bagi membantu pesakit kanser prostat lelaki dan kesihatan mental. Sejak acara ini dianjurkan pada tahun 2012 yang lalu, dana terkumpul sudah pun mencecah sebanyak $37.5 juta USD yang disumbangkan lebih daripada 93 ribu orang peserta.

Acara DGR menyambut ulang tahunnya ke-10 pada tahun 2022 dan kali ini, ia turut diadakan di beberapa buah negeri di Malaysia seperti Pulau Pinang, Melaka, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Sabah dan Sarawak. Mengikut laman web rasmi DGR, kutipan dana untuk para peserta di Malaysia adalah sekitar $7,300 USD.

Untuk meraikan penganjuran acara DGR 2022, rakan-rakan pencinta motosikal dari Ipoh yang diketuai oleh En. Cedric Chin dan enam orang rakannya telah berkunjung dan memeriahkan lagi acara DGR yang diadakan di Melaka. Cedric yang menunggang BMW R NineT benar-benar menghayati acara ini dengan mengenakan pakaian cukup menarik yang berasaskan gaya British. Perjalanan dari Ipoh ke Melaka mengambil masa hampir tujuh jam berikutan kesesakan jalan raya.

DGR Melaka dianjurkan oleh Chris Tiberius dengan sokongan daripada pelbagai syarikat seperti Fuel Jumnkies, Strait Werks, Seafarer, Rockafe Empire dan Doplotiga.

Menurut pengasas bersama DGR Melaka iaitu En. Mike Thien, acara ini bukan sahaja unik dan menarik buat para peserta tetapi juga ia amat penting khususnya untuk mencari dana serta memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kanser prostat.

22 Mei 2022 – D' Day!

Program bermula di Rockafe Empire pada jam 9.00 pagi dan selepas para peserta menikmati sarapan, acara diteruskan dengan ucapan daripada para VIP.

Konvoi bertema DGR bermula dan Cedric yang dipilih untuk menjadi penunggang paling hadapan dengan menaiki sebuah jentera Triumph. Konvoi yang terdiri daripada motosikal berkuasa tinggi Harley-Davidson, BMW, Norton, Vespa, Honda, Yamaha, Suzuki, Kawasaki dan lain-lain cukup gah untuk menarik perhatian setiap orang yang melihatnya. Motosikal tertua yang hadir pada hari tersebut adalah Harley-Davidson 1947.

Perjalanan konvoi DGR pada hari tersebut melibatkan berbagai jenis laluan khususnya di tempat-tempat bersejarah seperti: Rockafe Empire – Jambatan Kuala Melaka – Imperial Heritage – Malacca High School – St Francis Xavier Church – Queen Victoria's Fountain – Jonker Street – Casa Del Rio Melaka – Jalan Syed Laksamana – Klebang Original Coconut Shake – Bulatan Klebang Besar dan tamat di Seafarer.

Perjalanan sejauh 25 kilometer dengan jangka masa sekitar satu jam. Dengan adanya bantuan kawalan trafik daripada pihak PDRM, perjalanan cukup lancar. Antara destinasi yang dipilih untuk sesi fotografi ialah di Jambatan Kuala Melaka, Dataran Pahlawan, St Xavier Church dan Jonker Street. Selain dari Ipoh, para peserta konvoi kali ini turut hadir dari Kelantan, Singapura, Jerman dan Australia.

Walaupun konvoi DGR ini tidak lama, namun begitu dengan pemakaian unik setiap pemilik motosikal yang hadir, pengubahsuaian motosikal yang anggun dan hasrat untuk mendapatkan dana bagi pesakit prostat merupakan objektif yang memiliki nilai yang tinggi. Tahniah dan terima kasih buat semua yang terlibat.

Majlis makan tengahari diadakan bersama majlis penyampaian anugerah untuk beberapa kategori dan kategori The Best Dress telah dimenangi oleh En. Cedric Chin dari 'Knights MC Malaysia' Ipoh.

“Saya amat berbesar hati kerana dapat memenangi anugerah ini. Motosikal saya tidak mempunyai kotak barang. Oleh itu, kasut, topi dan pakaian saya dibawa ke Melaka oleh rakan saya sehari sebelum DGR. Lagipun, saya telah menghabiskan begitu banyak masa untuk penggayaan dan pakaian yang dibeli dari luar negara. Memang berbaloi untuk mengambil bahagian dalam DGR 2022 walaupun terpaksa datang dari jauh,” kata Cedric Chin. RR

Isu Pada

Ogos 2022

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.