Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 2 Ogos 2022

Konvensyen FKR 2021/2022 Di Chiang Mai & Chiang Rai

Setelah dua tahun pandemik berlalu, FKR telah memutuskan untuk mengadakan majlis bagi meraikan para pengedar yang telah mencapai jualan tertinggi pada tahun 2021. Tahun 2022 agak berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya kerana pada tahun ini FKR akan menyampaikan anugerah kepada para pengedar yang telah mencapai 'Platinum Award' selama sepuluh tahun.

Untuk menyempurnakan acara konvensyen ini, FKR telah memilih Chiang Mai dan Chiang Rai, Thailand sebagai destinasi yang sangat sesuai bukan sahaja untuk meraikan kejayaan para pengedar tetapi juga untuk dikunjungi. Bagi para pencinta kembara dan percutian, Chiang Mai dan Chiang Rai merupakan antara destinasi wajib dikunjungi kerana ia menjanjikan pemandangan yang cantik, penuh sejarah dan cuaca yang agak dingin.

Pada hari pertama, mereka memilih Woo Café untuk makan malam sejurus tiba di lapangan terbang Chiang Mai Thailand. Woo Café ini berkedudukan nombor Lima di bawah kategori ‘Tempat makan Chiang Mai’ di TripAdvisor. Woo Café antara restoran yang mempunyai persekitaran yang cantik dan juga sesuai untuk dilawati dan berehat. Di situ juga mempunyai pelbagai makanan yang lazat.

Setelah mengisi perut, semua pengedar FKR dibawa ke Chiang Mai Night Market. Di sini, mereka dapat membeli pelbagai jenis snek, kraftangan, baju tradisional dan pelbagai cenderahati untuk kenang-kenangan. Selepas selesai melakukan aktiviti hari pertama, mereka pulang bermalam di hotel Shangri La Chiang Mai.

Keesokan hari, mereka bertolak ke Wat Rong Khun yang juga dikenali sebagai 'White Temple'. Ia adalah kuil unik berwarna putih yang mempunyai kepingan kaca di dalam plaster. Kuil ini akan berkilauan di bawah sinar matahari. Warna putih melambangkan kesucian Buddha manakala kaca pula membawa erti kebijaksanaan Buddha dan Dhamma mengikut ajaran Buddha.
Seterusnya, mereka ke Mae Kajan 'Hot Spring', sebuah kolam air panas semula jadi. Di sini terdapat pelbagai kedai yang menjual cenderahati dan kudapan tradisional. Mereka juga berpeluang untuk berehat merendam kaki dan aktiviti membeli-belah di situ.

Sebelum ke destinasi seterusnya mereka singgah untuk makan tengahari dan menuju ke 'Black House' yang juga popular dengan nama Muzium Rumah Hitam. Bangunan 'Black House' dicipta oleh Thawan Duchanee menggabungkan senibina traditional utara Thai dengan sentuhan rekaan yang bukan konvensional dan kontemporari. Kelihatan kesemua pengedar FKR amat seronok meraikan perjalanan mereka di sini sehinggakan kesemuanya bergambar di setiap sudut bersama bagi mengabadikan memori mereka di sini.

Pada sebelah petang, mereka dibawa ke lokasi seterusnya iaitu ke Chiang Rai di mana majlis penyampaian anugerah FKR Top Achiever Convention 2022 diadakan. Pada malam tersebut, kesemuanya dihidangkan dengan pelbagai juadah yang lazat serta persembahan unik dan menarik bagi meraikan para pengedar FKR yang hadir.

Sesi penyampaian anugerah pada kali ini disampaikan oleh Pengarah Urusan FKR En. Chaiyasit Samrittivanicha dan juga En Pornpoj Swadwan. Sesi penyampaian anugerah dimulai dengan penyampaian 'Top Achiever Award' dan 'Platinum Award'.

Acara 'FKR Top Achiever Convention 2022' diakhiri dengan sesi penyampaian '10 years Platinum Award' kepada lima pengedar yang telah mencapai dan mengekalkan jualan tertinggi selama 10 tahun. Pihak FKR sangat teruja dan bangga dengan prestasi pengedar yang terdiri daripada:

  1. A L Liew Trading Sdn. Bhd
  2. Heap Ghee Motors Sdn. Bhd
  3. PG Lee Brothers Enterprise Sdn. Bhd
  4. Teck Hin Motor Trading Sdn. Bhd
  5. Yes Distributor Sdn. Bhd

Pada hari ketiga, pengedar FKR dibawa melawat ke tempat bersejarah atau dikenali sebagai 'Blue Temple'. 'Blue Temple' adalah tempat ibadat dan mempunyai dewan pentahbisan, pagoda, patung yang kesemuanya berwarna biru.

Destinasi terakhir sebelum berangkat ke tanah air ialah Doi Tung Mae Fah Luang Garden yang merupakan taman bunga terletak tinggi di atas gunung Doi Tung, bahagian utara Thailand.
Untuk pengetahuan semua, taman ini dibina atas arahan mendiang ibu kepada Raja Thailand kini, ia dibuat khas untuk rakyat Thai yang tidak berpeluang untuk melancong ke luar negara.
Selama 4 hari 3 malam di sana, kesemua pengedar amat berpuas hati terhadap segala aktiviti yang diatur oleh pihak FKR.

Akhir kata, pihak FKR merakam jutaan terima kasih kepada kesemua pengedar kerana masih bersama FKR dari mula hingga kini. FKR mengharapkan hubungan ini kekal selamanya. Jumpa lagi tahun hadapan! RR

Isu Pada

Ogos 2022

Popular

  • Warta Roda

    WMOTO Griffin 205 Sudah Berada di Pusat Pengedar Mforce Smartshop

  • Warta Roda

    Art of Speed 2026: 15 Tahun Menyatukan Jiwa Kustom

  • Warta Roda

    Honda ADV160 Edisi Terhad Versi Spider-Man Dilancarkan - Bermula RM14,149

  • Berita Kelab

    Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

  • Dari Litar

    Hakim Danish Kutip Mata Berharga Walaupun Berdepan Cabaran di Sachsenring

Artikel berkaitan

WMOTO Griffin 205 Sudah Berada di Pusat Pengedar Mforce Smartshop

Art of Speed 2026: 15 Tahun Menyatukan Jiwa Kustom

Honda ADV160 Edisi Terhad Versi Spider-Man Dilancarkan - Bermula RM14,149

Sprinta Ladies Satukan Komuniti Lady Bikers di Malaysia

Empat Penunggang Maut Dalam Kemalangan Membabitkan Motosikal Dan Kereta

MODENAS & GIATMARA Bekerjasama Dengan Melancarkan Pusat Servis Motosikal Elektrik

Advenduro-X Meriahkan Moto Test Fest 2026

Yamaha Y15ZR 2026 Bagi Varian Standard & SE Terima Warna Baharu

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Sprinta Ladies Satukan Komuniti Lady Bikers di Malaysia

PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) telah melancarkan Sprinta Ladies.

Dari Litar

Motul Jadi Penaja Rasmi Pasukan Honda Racing Malaysia bagi Musim 2026

Motul kini penaja rasmi bagi pasukan Honda Racing Malaysia untuk tahun 2026.

Warta Roda

Yamaha Y15ZR 2026 Bagi Varian Standard & SE Terima Warna Baharu

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan pilihan warna baharu bagi Yamaha Y15ZR yang menawarkan penampilan lebih segar .

Warta Roda

Platform Honda X Dinaiktaraf Dengan Penambahan Ciri e-Warranty & Sejarah Servis Digital

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) apabila memperkenalkan dua ciri baharu dalam platform digital Honda X iaitu e-Warranty dan Service History