☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 16 Januari 2023

Ducati Catat Jualan Paling Tinggi dalam Sejarahnya pada 2022

Tahun 2022 merupakan satu tahun yang memecahkan rekod jualan untuk Ducati setelah berjaya menjual 61,562 unit. Ia merupakan kali pertama jenama negara Itali itu melepasi jualan 60,000 unit setahun sejak penubuhannya 96 tahun yang lalu.

Peningkatan itu ialah sebanyak 3.6 peratus berbanding dengan jualan pada 2021, ketika mana mereka telah menjual sebanyak 59,447 unit motosikal. Walaupun peningkatannya tidaklah begitu banyak, ia tetap merupakan suatu pencapaian yang dibanggakan oleh Ducati di tatkala dunia menghadapi masalah logistik.

Model Ducati yang paling popular merupakan Multistrada V4 dengan 10,716 unit dijual, diikuti oleh banjaran model Monster dengan 7,971 unit, dan banjaran model Scrambler 800 dengan 6,880 unit.

Pasaran yang paling laris bagi Ducati merupakan negara asalnya Itali yang mencatatkan peningkatan 10 peratus. Pasaran Amerika Utara pula menyaksikan pengurangan jualan sebanyak 6 peratus, manakala pasaran Jerman meningkat sebanyak 9 peratus.

2022 juga melihatkan perkembangan rangkaian jualan ke 821 pengedar di seluruh dunia. Ducati juga telah memasukki pasaran Brunei, Ecuador, El Salvador dan Mongolia pada tahun lepas. Ia bermaksud mereka telah bertapak di 96 negara.

Ducati berharap dapat berkembang lagi pada 2023, setelah melancarkan beberapa model seperti Scrambler generasi baharu, Diavel V4, Multistrada V4 Rally. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).