☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 1 Oktober 2022

Castrol Malaysia Anjurkan Peraduan Eksklusif EPL Bersempena Pelancaran Minyak Enjin Superbike Baru

Castrol, syarikat pelincir automotif terkemuka negara, baru-baru ini telah mengadakan festival jalanan (Castrol Street Festival) pada 26 dan 27 Ogos lalu yang telah mendapat sambutan cukup meriah dengan kehadiran ramai pengujung.

Minyak enjin Castrol POWER1 ULTIMATE SUPERBIKE 10W-50 direka untuk memberikan prestasi kuasa, tunggangan yang lebih lancar dan pengalaman perjalanan yang tidak dapat dilupakan.

Menerusi formula 5-dalam-1 yang komprehensif, Castrol POWER1 ULTIMATE SUPERBIKE 10W-50 menawarkan prestasi maksimum untuk setiap tunggangan, mempertingkatkan daya ketahanan yang cekap dengan suhu yang stabil dan galeri minyak lebih sejuk.

Minyak sintetik sepenuhnya menfokuskan pada prestasi luar biasa yang merentasi 5 kunci paling utama iaitu:

  1. Pecutan yang cemerlang
  2. Perlindungan yang sangat baik
  3. Tunggangan yang lancar
  4. Enjin lebih sejuk
  5. Prestasi yang berkekalan

Untuk memeriahkan lagi acara 'Castrol Street Festival' ini, pihak Castrol telah melancarkan satu lagi produk inovatif iaitu minyak enjin Castrol POWER1 ULTIMATE SUPERBIKE 10W-50. Dalam acara yang cukup menyeronokkan ini juga, para pengunjung berpeluang menyaksikan pelancaran peraduan eksklusif WhatsApp bersempena kerjasama yang bersejarah Castrol - Liga Premier Inggeris. Menerusi peraduan istimewa ini, para pemenang layak untuk meraih hadiah utama berupa percutian 5H4M ke UK untuk menonton perlawanan EPL secara langsung.

Hadiah bulanan termasuk telefon pintar Oppo RENO 6, jam tangan Casio G-Shock, barangan eksklusif Castrol-PL dan banyak lagi. Hadiah utama termasuk - perjalanan ke UK untuk menonton perlawanan PL secara langsung, motosikal Yamaha R15M dan iPhone 13 Pro Max.

Jom Sertai peraduan: Dengan tiga langkah mudah, anda mungkin berpeluang memenangi hadiah menarik.

  1. Beli mana-mana rangkaian produk Castrol POWER1/POWER1 ULTIMATE/POWER1 ULTIMATE SUPERBIKE daripada bengkel Castrol Bike Point yang mengambil bahagian
  2. Melalui WhatsApp – jawab soalan mudah
  3. Serahkan bukti pembelian dan butiran pengenalan yang diperlukan

Bermula dari September hingga Disember 2022. Akan ada seramai 88 pemenang bulanan. Semua penyertaan yang dihantar akan layak untuk cabutan hadiah utama, yang dijadualkan berlangsung pada akhir kempen ini.

“Ini adalah acara yang menarik untuk Castrol Malaysia, kerana kami memperingati dua peristiwa penting dalam tahun ini. Dengan pelancaran Castrol POWER1 ULTIMATE SUPERBIKE 10W-50 dan permulaan perkongsian kerjasama Castrol-PL, Castrol yakin untuk terus mencipta sejarah dan membina tahap kewujudannya dalam sektor kejuruteraan minyak superbike termaju,” kata Pengarah Pemasaran Castrol Malaysia & Singapura, Keow Mei-Shan.

“Kami gembira dapat bertemu dengan para pengguna kami yang telah bersama kami selama ini dan acara itu juga menjadi peluang untuk kami menzahirkan rasa terima kasih kami buat mereka,” tambah beliau lagi.

Untuk memberikan perkhidmatan terbaik buat para pelanggan, terdapat lebih daripada 800 Castrol Bike Point beroperasi di seluruh negara. RR

Isu Pada

Oktober 2022

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.