Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 23 Januari 2023

Mega Gathering CBR-RR 2021/2022: Double Throttle!!!

Tarikh keramat, 17hb September 2022. AMES Hotel, Ayer Keroh, Melaka menjadi tempat pertemuan 9th Mega Gathering CBR-RR 2021/2022 dengan cogan kata Double Throttle!

Ya…. setelah menyepi dek Covid-19, digabungkan dua tahun bagi melepas rindu ahli CBR-RR Malaysia dan Singapura di sini. Beberapa kunjungan bertemu ahli utara, timur dan selatan bagi memilih lokasi pertemuan dan Melaka sekali lagi terpilih kali kedua memandangkan bandar ini terletak hampir pertengahan jalan antara utara dan selatan dan tidak terlalu
jauh bagi peserta pantai timur untuk turut serta.

Dengan penyertaan seramai 304 peserta termasuk 60 orang datang dari Singapura menjayakan pertemuan ini. Dengan dibantu hampir 20 orang tenaga sokongan menjadikan urusan pendaftaran dan sebagainya berjalan lancar.

Seawal jam 10.00 pagi, kaunter pendaftaran dibuka untuk merekodkan kehadiran para peserta dan memberikan t-shirt penyeri majlis. Beberapa vendor jualan juga terlibat untuk mempamer dan melakukan penjualan berupa pakaian, alatan keselamatan menunggang dan aksesori motosikal di ruang legar yang disediakan.

Jam 12.00 tengahari, upacara selanjutnya bermula dengan ketibaan tetamu terhormat iaitu Pengarah JPJ Melaka Tuan Muhammad Firdaus Bin Shariff yang hadir bersama timbalan beliau disambut oleh saudara Mohamad Yusri Omar (Pak Yus) selaku pengerusi majlis.

Ucapan alu-aluan dan penghargaan buat semua hadirin dan jua pada penaja utama KCMS Motorsport, Sutera Maju Services Sdn Bhd dan Moto World dan lain-lain yang turut serta kali ini. Selepas itu beliau mempersilakan seorang ahli kelab CBR-RR iaitu saudara Amirul Rashid Sallehuddin yang juga imam Masjid Sayyidina Ali Bukit Ketil bagi membacakan doa.

Seketika tayangan video dimulakan suasana gamat bertukar sunyi sepi kelu tidak terkata. Audio visual sahabat CBR-RR yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kita. Semoga roh mereka semua dicucuri rahmat.

Tidak sempurna majlis jika tiada sepatah dua kata daripada Poklah yang menjadi key person bagi menjayakan majlis ini. Menurut beliau penyertaan 50 peratus adalah merupakan peserta baru dalam pertemuan kali ini dan banyak permohonan terpaksa ditolak kerana melebihi tempoh yang dtetapkan. Ucapan beberapa orang lain serta wakil dari Singapura juga mendapat sorakan ramai.

Tuan Pengarah JPJ memberikan sedikit ucapan berupa ingatan sambil bergurau senda. Kata beliau “Benda paling jarang berlaku iaitu memanggil JPJ! Selalunya pihak JPJ datang tidak dipanggil dan insyaAllah sebentar lagi team saya akan datang.”

Beliau juga memberikan ucapan tahniah atas penganjuran ini bagi memupuk ukwah dan keakraban diteruskan. Pihak CBR-RR turut memberikan plak sebagai cenderahati buat tuan pengarah.

Seterusnya semua peserta dijemput menjamu selera dengan hidangan lazat disediakan sambil diiringi muzik band dari pihak hotel.

Acara kemuncak merupakan cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik berupa topi keledar, jaket, sarung tangan, tayar dan juga voucher belian barang dan juga voucher track-day daripada para penaja tahun ini.

Pihak hotel AMES juga tidak ketinggalan memberikan sedikit sumbangan sebanyak lima hadiah pada cabutan bertuah ini dan tanpa diketahui, pengurusan AMES Hotel memberikan sebiji kek secara simbolik sembilan tahun ulangtahun CBR-RR yang disampaikan oleh En. Subra.

Acara terakhir merupakan bergambar beramai-ramai di luar bangunan. Sekitar jam 4.00 petang, para peserta mula meninggalkan tapak aktiviti. RR juga ingin mengucapkan tahniah atas penganjuran kali ini. Tidak selesa rasanya meninggalkan negeri Melaka tanpa berpantun sekerat dua. RR

Dari mana hendak ke mana?
Tinggi rumput dari padi,
Hari mana bulan mana
Dapat kita berjumpa lagi?

Oleh: Saiful RR

Isu Pada

November 2022

Popular

  • Warta Roda

    Pertandingan Motosikal Kustom Honda di Wheels and Waves 2025

  • Warta Roda

    Buka Pintu Kenderaan Secara Tiba-Tiba Punca Seorang Wanita Maut

  • Dari Litar

    CP150: Afif Tewaskan Azroy Di Litar LYL

  • Warta Roda

    GLOBAL: Haojue GSX500 - Kemas dan Cantik

  • Warta Roda

    Dua Gadis Meninggal Dunia Dirempuh Lelaki Disyaki Pengedar Dadah

Artikel berkaitan

Pertandingan Motosikal Kustom Honda di Wheels and Waves 2025

Buka Pintu Kenderaan Secara Tiba-Tiba Punca Seorang Wanita Maut

GLOBAL: Haojue GSX500 - Kemas dan Cantik

Dua Gadis Meninggal Dunia Dirempuh Lelaki Disyaki Pengedar Dadah

Kemalangan Dengan Sebuah Kereta, Penungang Motosikal Jatuh Gaung

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengesahkan seramai 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) maut dalam nahas kemalangan bas awal pagi tadi

15 Disahkan Maut, Bas Bawa Pelajar UPSI Kemalangan

Dua Pelajar Maut, Nahas Motosikal dan Kereta

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SAH! Juara WSBK, Toprak Razgatliolu Tanda Tangan Kontrak Dengan Yamaha

Sah...juara perlumbaan WorldSBK, Toprak Razgatlioglu telah menandatangan kontrak dengan Yamaha dalam saingan MotoGP bersama pasukan Pramac Yamaha MotoGP untuk musim 2026.

Warta Roda

Dua Pelajar Maut, Nahas Motosikal dan Kereta

Dua pelajar sekolah maut dalam nahas membabitkan sebuah motosikal dan kereta di Jalan Sedili Kecil-Tanjong Balau, pada Sabtu.

Pandu Uji

Aveta Vanguard 250 SE: Prestasi Di Luar Jangkaan

Aveta telah menawarkan pelbagai model menarik khusus buat mereka yang inginkan kelainan.

Warta Roda

Keeway Superlight 125 Paling 'Special' di Dunia

Bintang filem Mission: Impossible, Tom Cruise, telah menurunkan tandatangannya pada pada sebuah jentera cruiser Keeway Superlight 125. Tom Cruise biasanya dikaitkan dengan aksi-aksi 'dare devil' yang lebih banyak menggunakan jentera dua roda berprestasi tinggi.