☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 9 Februari 2023

Para Pelumba Pasukan Aprilia Luangkan Masa Bersama Peminat

Aprilia telah menganjurkan pertemuan eksklusif dengan para pelumba rasmi pasukan Aprilia Racing yang hadir ke Malaysia sempena Ujian Musim Sejuk yang diadakan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Ia merupakan pengalaman yang luar biasa untuk dikongsi dengan para pemilik Aprilia.

Pertemuan eksklusif yang menampilkan para pelumba Pasukan Perlumbaan Aprilia iaitu Aleix Espagaro, Maverick Vinales dan Lorenzo Savadori, yang memberi peluang kepada ahli kelab Aprilia untuk mendekati secara peribadi dengan para pelumba dan pasukan.

Turut dikongsikan di majlis tersebut ialah mengenai harga dan penerimaam skuter Aprilia SR GT 200 di pasaran negara setakat ini. Pada tahun 2022, kumpulan Didi telah menjual lebih daripada 500 unit untuk memberikan pengalaman menarik buat para penunggang motosikal di seluruh Malaysia.

“Tahun 2023 hanya bakal menjadi lebih baik buat Aprilia, Didi Group berbangga menjadi salah satu jenama motosikal pertama yang memperkenalkan plan tiga kali servis percuma untuk sebarang pembelian baru Aprilia SR GT 200 2023. Turut disertakan sekali ialah jaminan pembuatan selama 3 tahun dan kami terus mengekalkan harga asas iaitu dari RM19,900,” komen Pengarah Eksekutif Didi Group, En. Juan Chow Wee. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.