☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 9 Februari 2023

Tiga Warna Baru Suzuki Gixxer SF250 Di Pasaran India

Suzuki Motorcycle India memperbaharui portfolionya dengan menampilkan tiga pilihan warna baru untuk model Gixxer SF 250. Selain , itu, pihak Suzuki turut menambah baik panel meter digitalnya dengan sistem penyambungan Bluetooth.

Antara tiga warna baru Gixxer SF 250, yang paling menarik perhatian ialah Metallic Sonic Silver/Metallic Triton Blue yang menggabungkan warna biru dan perak dengan stiker pelekat merah. Sementara itu, dua lagi varian warna termasuk Metallic Matte Stellar Blue dan Metallic Matte Black.

Secara asas, Gixxer SF 250 2023 kekal sama seperti model sebelumnya iaitu enjin bersesaran 249cc, kotak gear enam kelajuan yang menghasilkan kuasa maksimum 26.13bhp dan tork 22.2Nm. Suzuki ini dimantapkan dengan casis jenis berlian, roda aloi 17 inci yang dikawal oleh fork hadapan jenis teleskopik dan penyerap hentak tunggal di bahagian belakang. Brek-brek cakera juga dilengkapkan dengan sistem ABS dwi-saluran. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.