☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 17 Februari 2023

KTM 125-390 Duke baharu akan muncul tidak lama lagi?

Gambar-gambar tangkap curi yang menunjukkan model KTM berkapasiti kecil baharu didedahkan di internet baru-baru ini.

Foto-foto tersebut dipaparkan oleh Motociclismo dan menunjukkan sebuah motosikal yang berada dalam bentuk yang masih agak kasar kerana tidak mempunyai beberapa komponen seperti pelindung enjin. Majalah itu turut berkata prototaip itu sedang diuji di Sepanyol.

Apa yang pasti ialah ia bukannya prototaip bagi model 490 Duke yang diwawarkan sebelum ini kerana KTM telah mengumumkan pembatalan projek tersebut. Oleh yang demikian, prototaip ini kemungkinan besarnya ialah bagi model 125 - 390 Duke yang baharu. Tetapi enjin yang kecil itu lebih cenderung kepada 125 atau 200 Duke.

Apa yang kelihatan ialah penutup bawah tangki yang menutup sebahagian atas fork. Rekabentuk ini mengikuti apa yang terdapat pada banjaran motocross KTM serta 1290 Super Duke R dan Evo. Lampu depan prototaip ini juga berlainan dan mudguard depan mempunyai bentuk yang baharu.

Selain daripada itu, frem belakang di bawah pelana juga kelihatan seperti dibuat daripada aluminium, berbanding dengan keluli. Kosnya aluminium lebih tinggi daripada kos keluli, tetapi ia lebih ringan.

Tambah lagi, brek depan telah ditukar daripada sebelah kiri ke kanan, dan fork-fork di dalam gambar ini juga berbeza.

Banjaran KTM Duke yang sedia ada telah berada di dalam pasaran sejak agak lama, oleh itu memerlukan pembaharuan.

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.