☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 17 Februari 2023

Apakah Fungsi Suspensi Motosikal Anda?

Kita sering dengar pelumba motosikal yang merungut mengenai setup suspensi motosikal mereka. Ada juga pemilik motosikal yang turut mencari jalan untuk menyelesaikan "masalah suspensi" motosikal mereka. Sebelum kita berbuat apa-apa, adalah lebih baik jika kita kenali suspensi motosikal kita dengan lebih dekat lagi agar kita tahu apa yang harus dibuat dan tidak payah membazir tenaga, masa dan wang untuk mencari suatu solusi.

Kita mulakan siri ini dengan satu rencana yang ringkas dahulu mengenai fungsi suspensi motosikal terdahulu.

Inilah tugas utama sistem suspensi sesebuah motosikal. Tanpa suspensi, tayar akan meloncat-loncat di atas bonggolan jalan samada kecil atau besar. Sasaran ini akan menyebabkan tayar tidak dapat menyentuh permukaan jalan dengan sempurna justeru tayar kehilangan cengkaman.

Hentakan daripada jalan atau bonggol wajib diserap. Jika tidak, daya hentakan itu akan dialihkan terus kepada kerangka motosikal dan penunggang. Tugas ini disandang oleh peredam hentakan atau lebih dikenali sebagai shock absorber. Kadar mampatan suspensi juga ditentukan oleh absorber dengan istilah teknikalnya ialah "compression damping" (redaman mampatan) bermaksud spring di dalam suspensi itu dimampat.

Roda dan tayar mestilah kembali ke bawah setelah suspensi menyerap hentakan. Oleh itu, spring itu mestilah menolak roda ke bawah semula, iaitu spring yang termampat tadi mengembang kembali. Kadar "lantunan" ini dikendalikan oleh absorber juga dan istilah teknikalnya ialah "rebound damping" (redaman lantunan).

Suspensi juga menyokong beban yang dikenakan di atasnya iaitu berat motosikal bersama penunggang dan apa-apa yang dibawanya. Muatan yang dibawa akan dikurangkan jika motosikal itu tidak menggunakan suspensi kerana segala beban harus ditanggung oleh frem motosikal.

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.